
PELAKON Fasha Sandha berkongsi berita sedih apabila dia mengalami keguguran bayi pertama bersama suaminya, Aidil Aziz ketika kandungannya mencecah hampir enam minggu.
Fasha berharap semua peminta mendoakan agar dia dan suami kuat melalui dugaan tersebut dan akan terus berdoa serta berusaha untuk dikurniakan cahaya mata di masa hadapan.
“Kepada semua pengikut saya, terima kasih atas semua doa baik terhadap kandungan saya.
“Saya sangat bersedih ingin memberitahu yang saya mengalami keguguran. Doakan kami supaya kuat melalui ujian ini .
“@itaidilaziz kita teruskan berdoa dan berusaha, semoga kita ada rezeki lagi di masa akan datang. Insya-Allah kita akan lebih kuat,” kata Fasha.
View this post on Instagram
Fasha dan suami sebelum ini berkongsi berita tentang kehamilannya.
Fasha mendedahkan perkara tersebut menerusi laman Instagramnya pada Isnin.
Sebelum ini, Fasha memberi kejutan buat Aidil apabila mengumumkan dia sedang hamil tiga minggu pada 21 Mei lalu.
Dalam pada itu, Fasha turut memohon maaf kepada suami dan anak-anaknya, Putra Rayfal serta Putri Raysha Jemyma.
Menurut Fasha, doktor ada menasihatinya sebelum cuti menyambut Hari Raya Aidilfitri untuk banyakkan berehat dan tidak melakukan aktiviti lasak namun dia mengakui tidak mendengar pesanan tersebut.
Fasha bergambar kenangan bersama suami dan anak-anak.
“Ibu minta maaf suamiku tercinta, Rayfal dan Jemyma sayang. Sebelum cuti beraya, doktor dah pesan untuk banyakkan rehat, jangan terlalu lasak-lasak.
“Ibu tak dengar cakap doktor untuk jangan banyak bergerak masa raya ni. Ibu naik turun keretapi, kapal terbang, jalan laju-laju buat kerja.
“Sampai terlupa ada baby kecil dalam perut ibu, ibu terlalu aktif sampai lupa kandungan awal dalam perut ibu perlukan ibu banyak berehat. Ibu tahu ibu bukan yang terbaik,” ujarnya.
Fasha juga berterima kasih kepada Allah kerana menumpangkan anak syurga kepadanya walaupun hanya untuk seketika.
Fasha mendirikan rumah tangga dengan Aidil pada 30 Mac lalu.
Sebelum ini Fasha pernah berkahwin dengan ahli perniagaan Rizal Ashram Ramli, pada 27 April 2012 dan bercerai pada 20 Januari 2016.
Hasil daripada perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Putra Rayfal, 6, dan Putri Raysha Jemyma yang kini berusia lima tahun.
Sebelum : Aidil menangis… Fasha Sandha buat kejutan hamil 12 minggu
SELEPAS hampir dua bulan mendirikan rumah tangga dengan Aidil Aziz, pelakon Fasha Sandha mengumumkan dirinya sudah pun hamil. Perkara itu dikongsikan menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman sosial Aidil pada Selasa.
Menerusi video berdurasi dua minit itu, Aidil memberi reaksi terkejut dan terharu serta menangis kegembiraan selepas mengetahui bakal menimang cahaya mata.
Fasha menerusi sebuah portal berita memberitahu kandungannya baru berusia 12 minggu.
Fasha bersama suami dan anak-anaknya. Fasha berkata, berasakan perubahan pada dirinya sudah mengandung apabila kebelakangan ini sering muntah.
Sementara itu, Aidil mengucapkan syukur dan meminta peminat mendoakan yang terbaik untuk mereka. Fasha berkahwin dengan Aidil Aziz pada 30 Mac lalu. Fasha pernah berkahwin dengan ahli perniagaan, Rizal Ashram Ramli, pada 27 April 2012 dan berc3rai pada 20 Januari 2016.
View this post on InstagramKena surprised masa photoshoot dekat studio @pinography . Thanks Allah,Isteri & Family.?
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang
Sumber: mstar
Leave a Reply