10 Kostum Superhero Yang Kelihatan Hebat Namun Tidak Disenangi Oleh pelakon

 

Dalam menjayakan watak yang diberikan, pelakon perlu menghabiskan masa lebih kurang 10 jam untuk sesi pengambaran sambil memakai kostum seberat 20 kilogram di bawah panas mentari. Wahh! Inilah realitinya apabila adiwira yang kita kagumi menerusi filem sebenarnya perlu berhadapan dengan detik sebegini.

Apabila mereka tidak mampu melakukannya lagi, ia akan digantikan dengan pelakon lagak ngerl. Oleh yang demikian, kami akan kongsikan kepada anda 10 kostum adiwira yang kelihatan sangat hebat namun sebenarnya tidak disenangi…

#1. Tom Holland – Spiderman

© LGjr-RG, PacificCoastNews / East News

Tom Holland pelakon yang memainkan watak Spiderman terkini. Walaupun kelihatan amat hebat di dalam filem, namun Tom mengakui bahawa dia berhadapan dengan kesukaran terhadap kostumnya. “Kostum ini tidak hebat. Dengan memakainya, saya jadi tidak selesa”, jelasnya. Masalah terbesar yang dilaluinya ialah untuk kekal hidrasi kerana topeng mukanya tidak mempunyai mulut. Jadi, agak sukar untuk minum dan dia terasa seperti ‘pokok yang kehausan’.

#2. Paul Bettany – Vision

paulbettany|Instagram

Jika kita saksikan filem Avengers: Age of Ultron, watak Vision yang dilakonkan oleh Paul Bettany mendapat kuasanya melalui Mind Stone pada kepalanya. Namun menurut Paul, “Ia agak sakit dan tidak selesa”. Deria pendengarannya juga terganggu di dalam kostum itu. Namun dia tetap berasa beruntung kerana berpeluang memainkan watak sehebat itu.

#3. Robert Downey Jr. – Iron Man

Semua orang kenal Tony Stark atau lebih dikenali sebagai Iron Man. Menerusi kostum itu, Tony kelihatan sangat kuat dan hebat namun sebenarnya Robert menjelaskan bahawa dia tidak mempu berdiri lama di dalam kostum berkenaan. “Saya tidak berasa ‘s3sak’ pada mulanya namun apabila bergerak untuk beberapa jam, saya rasa itulah saat tepat untuk menggantikannya dengan pelakon lagak ngerl”, katanya.

#4. Scarlett Johansson – Black Widow

© The Avengers / Marvel Studios

Black Widow merupakan karakter kegemaran di dalam siri filem Avengers. Scarlett Johansson yang memainkan watak berkenaan dengan jayanya mendedahkan bahawa beliau amat suka akan watak itu dan kostum berwarna hitam itu amat elegan namun ia sebenarnya tidak begitu selesa dan beliau merasa seperti memakai seluar tidur yang berpeluh.

#5. Chadwick Boseman – Black Panther

© East News

Black Panther juga merupakan antara adiwira di dalan siri filem keluaran Marvel yang dikenali dengan T’Challa. Kostumnya yang bewarna hitam, itu kelihatan mengagumkan namun hakikatnya Chadwick seperti sukar untuk bernafas ketika memakainya kerana kekurangan udara, lebih-lebih lagi ketika cuaca panas.

#6. Ron Perlman – Hellboy

© Mike_Elizalde / twitter

Ron Perlman berasa terlalu letih selepas proses solekan yang terpaksa beliau hadapi ketika sesi pengambaran Hellboy. Jurusoleknya, Jake Garber melakukan tugas dengan baik terutamanya dengan dda prostetik dan bahagian belakang kepala Ron. Solekannya agak tebal dan memakan masa namun menurut Ron, ia amat berbaloi.

#7. Oscar Isaac – Apocalypse

© X-men: Apocalypse / 20th Century Fox

Oscar Isaac tidak dapat dicam ketika memakai kostum Apocalypse menerusi filem X-Men: Apocalypse. Kostumnya bukan sahaja sangat berat dan ia ditambah lagi dengan tambahan prostetik dan solekan. Oscar juga berasa panas di dalamnya sehingga pernah memaksanya untuk masuk ke dalam khemah yang dilengkapi dengan penghawa dingin.

#8. Michelle Pfeiffer – Catwoman

© Batman Returns / Warner Bros

Batman Returns adalah berbeza dengan siri originalnya pada tahun 80-an, terutamanya sut Catwoman bewarna hitam dan berkilat itu. Ia kelihatan amat cantik. Namun menurut Michelle, topeng mukanya memberinya kesukaran kerana beliau terasa seperti terceklk.

#9. Michael Chiklis – The Thing

© Fantastic 4 / 20th Century Fox

Lelaki batu, Ben Grimm, ataupun the Thing, yang dilakonkan oleh Michael Chiklis merupakan salah satu watak di dalam filem Marvel, Fantastic Four. Kostum itu walau bagaimanapun memberinya masalah dan gangguan fizikal kerana menurut Michael, ia amat berat dan memberinya pengalaman yang amat sukar.

#10. Jennifer Lawrence – Mystique

© X-Men: First Class / Marvel Studios

Sebelum terkenal dengan siri filem lakonannya The Hunger Games, Jennifer Lawrence telah memainkan watak Mystique di dalam prekuel X-Men: First Class, X-Men: Days of Future Past dan X-Men: Apocalypse. Penampilannya yang hebat itu memakan masa selama 7 jam untuk disiapkan. Apa yang menjadi kegusarannya adalah bau t0ksik cat pada tubuhnya.

Sumber: Bright Side via EraBaru

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply