“Suami Yang Tak Solat Tolong Taubat Sebab Kalian Sepatutnya Bawa Anak Isteri Ke Syurga,” – Pesan Prof Muhaya Buat Seluruh Imam Keluarga

Profesor Muhaya ada memberi sedikit perkongsian mengenai golongan lelaki yang tidak bekerja serta yang malas mendirikan solat.

Pakar mata popular itu memuat naik video tersebut setelah sering diajukan persoalan hampir sama dari para isteri.

“Assalamualaikum banyaknya orang tanya saya, Prof macam mana suami saya ni tak bekerja, saya kerja dan bayaran bil semua saya yang buat?

“Ini saya nak sebut tagline ini; ‘suami malas akan suka cari isteri berdikari’. Cuba tengok sentap atau tidak, kalau suami cakap saya nak cari wanita yang independent, ada kerjaya dan sebagainya takut-takut anda sebenarnya malas untuk menunaikan tanggungjawab.

“Dan ingat setiap kali anda (suami) tidak diberi nafkah akan dituntut,” pesannya.

Pada masa sama, Prof Muhaya yang turut terkenal di kalangan selebriti ini juga turut memberi pesan kepada para ‘imam’ di luar sana.

“Saya nak jawab soalan kepada suami isteri mengenai soalan ini, suami yang tidak solat dan sebagainya.

“Tolong, suami yang tak solat tolong taubat sebab kalian sepatutnya membawa anak serta isteri ke syurga.

“Suami yang tiada niat bawa anak isteri ke syurga, pada saya sia-sia hidup dua. Cuba audit balik hidup kita.

“Hnetilah dulu nak pergi mengeteh atau apa, tengok pada keluarga terlebih dulu,” katanya

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Suami malas cari isteri berdikari? Betul ke? #resetminda2

A post shared by Muhaya Mohamad (@profmuhaya) on

Lalu, rata-ratanya memberikan reaksi positif terhadap apa yang telah diperkatakan pakar motivasi terkenal itu.

Terdahulu, Prof Muhaya sering sahaja memuat naik video berunsur nasihat dan motivasi menerusi media sosial selain diundang ke program-program televisyen tempatan.

Foto: Instagram Profesor Muhaya via MH

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply