Allah uji sebab sayang – Abby Abadi tiup kata-kata semangat buat Erra Fazira

Sedang Erra Fazira diuji dek hubungan persahabatannya dengan Datin Seri Umie Aida yang dilanda masalah, pelakon siri Gerak Khas 2019, Abby Abadi tampil meniupkan kata-kata semangat buat aktres jelita yang dianggapnya sebagai kakak itu.

Menerusi laman Instagram miliknya, Abby atau Arbaiyah Abdul Manan, 42, memuat naik satu entri memaparkan fotonya di sisi Erra, rakan pelakon yang turut membintangi drama kepolisan berkenaan.

“Allah uji sebab sayang dan disebabkan itu juga, Dia beri perhatian kepada kita agar mendekatkan diri kepada-Nya.

“Bahagian saya lain, bahagian akak pula lain, tetapi kena terus kuat dan jangan putus asa dengan rahmat-Nya.

“Menangislah semahu-mahunya. Allah berfirman, setiap kesusahan pasti ada kesudahan selagi kita yakin dengan janjinya,” tulis Abby memetik kapsyen yang dimuat naik itu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Kita sayang Kak @errafazira kita ? Dulu, kini & selamanya ? . ALLAH UJI SEBAB SAYANG Bahagian Saya lain Bahagian Akak lain pula Tapi kena terus kuat k Kakakku Ujian itu tanda ALLAH sayang Sebab tu DIA bagi perhatian pada kita DIA nak kita makin dekat dgn DIA . Menangislah semahu mahunya Tapi jangan putus asa dengan rahmatNYA ALLAH sebut dalam ALQURAN Setiap kesusahan Pasti ada kemudahan ❤️ Yakin dgn janjiNYA ok kakakku Yg cantik lawa manis selalu I love U Lillahi Taala Muahhhhhhh selamanya ? . Ps: Jom dating kakak. Nak pelukkk ketat2 hehe.. @_salinasaibi_ @sheeraiskandar @normanhakim_786 jom sekali ?

A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on

Abby turut menambah, apapun yang terjadi, dia akan tetap menyayangi Erra selama-lamanya.

Terdahulu, Erra memohon kemaafan daripada Umie atas kekhilafan yang dilakukan sehingga membuatkan sahabat baiknya itu berang dan kecewa.

Bagaimanapun, sama ada Erra mahupun Umie, kedua-duanya tidak menjelaskan secara terperinci kejadian sebenar yang berlaku antara mereka. 

Diharapakan persahabatan Abby dan Erra berkekalan hingga ke akhir hayat.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: Instagram Abby Abadi , MHE TV

Be the first to comment

Leave a Reply