Hebat rezeki Allah. 5 tahun berdua, raya kali ni terus berlima

Bagi pasangan suami isteri, penantian selama bertahun-tahun bagi mendapat zuriat pertama bukan sesuatu perkara yang mudah untuk dilalui bersama.

Apatah lagi sering ditanya mengenai cahaya mata dan dipandang sinis oleh segelintir masyarakat sehingga menimbulkan perasaan sedih dan tertekan.

Namun berbeza bagi Raihana Kadir dan suaminya, Muhammad Hafiz yang tidak mudah putus asa dan sentiasa berfikiran positif dalam usaha untuk memiliki zuriat.

Menerusi laman Facebook, penasihat kewangan itu meluahkan rasa syukur apabila dikurniakan tiga anak kembar setelah menanti dengan penuh kesabaran sejak berkahwin pada 2014.

“Lima tahun raya berdua.. Tahun ke-6 raya berlima. Alhamdulillah cantik perancangan Allah.. Semoga yang berusaha dapat merasai apa yang diimpikan. Amin.

“Jangan putus asa ya.. Terus berfikiran positif. Saya pun tak pernah terfikir akan melalui detik ini,” tulisnya semalam.

Jika sebelum ini ketibaan Aidilfitri hanya disambut mereka berdua, namun tahun ini lebih bermakna dengan kehadiran trio kembar tersebut iaitu Huda, Harras dan Haris.

Perkongsian itu ternyata mengundang perhatian warganet dimana mereka turut memberikan pelbagai reaksi yang rata-rata mengucapkan syukur atas perancangan hebat Allah SWT itu.

Cantik perancangan Allah

MashaAllah. Rezeki tak pernah salah alamat dan masa. Lambat atau cepat, ada atau tiada semua hak milik Allah. And Allah adalah sebaik2 perancang.

Untung dia dpt laki yg sabar. Bkn smua sesabar laki dia. Ada yg bru 2 thn kwin xdpt anak terus crikn madu dgn alasan bini mandul. Pdhal x check pn yg brmslh tuh mmg bini dia . Ke dia sbnrnya brmslh. Apa pn tahniah utk psgn nih. Alhamdulillah.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber : Raihana Kadir / nalurikini.com

Be the first to comment

Leave a Reply