Nama selebriti cantik Janna Nick semakin popular dan melonjak naik sejak akhir-akhir ini kerana sering muncul dalam banyak drama di kaca televisyen.
Lakonan Janna dalam drama Leftenan Zana sememangnya tidak dapat disangkal lagi kehebatannya serta meninggalkan kesan dihati peminat-peminatnya. Selepas Leftenan Zana, Janna muncul sebagai watak antagonis pula dalam drama ‘Cari Aku Di Syurga’ dan memegang watak sebagai Lisa yang merupakan seorang yang lebih agresif.
Terbaru, Janna telah memuat naik gambar dirinya terkini yang semakin langsing dan gaya rambut terbarunya iaitu ala-ala gadis Korea. Gambar tersebut sekali gus menarik perhatian netizen serta peminat-peminatnya malah ada juga yang turut meminta ‘tips’ untuk kurus.
View this post on Instagramtake care when i’m not around? #sayangketatsendatpadat kurung @primavalet
Antara gaya rambut yang pernah digayakan oleh Janna Nick
Kini, sedang ditayangkan di slot akasia di tv3 drama ‘Bukan Cinta Aku’ yang dibintangi oleh Janna Nick sebagai pelakon utama yang bergandingan dengan pelakon dari negara jiran iaitu Baim Wong. Antara pelakon yang turut membintangi drama tersebut ialah Syafiq Kyle, Mimi Lana, Eyka Farhana dan ramai lagi.
Drama terbitan Layar Ceritera Sdn Bhd dibawah arahan Ejump Mohd ini telah disiarkan menerusi slot Akasia TV3 mulai 5 Jun 2019, setiap Isnin hingga Jumaat pukul 7 malam.
Komen netizen :
Fuhhh merecik Rambut dia
dah kurus laa… dulu chubby sikit
makin lao plk dia nihhh
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang
Sumber: Instagram jannanick
Leave a Reply