Kesian Mak Dia, Sampai Jatuh Terduduk! Sebak Tengok Anak2 Mereka Sanggup Buat Macam Ni..

 

MISI selesai! Rancangan tiga beradik untuk memberi kejutan kepada ibunya dua hari sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri berjalan lancar.

Demi melihat ibu gembira, tiga beradik ini memastikan semua yang dirancang berlaku seperti diharapkan.

Menurut Arif Rizwan Asmadi, kakaknya yang sedang belajar di London dalam jurusan undang-undang mahu menyambut Aidilfitri bersama keluarga pada tahun ini.

“Ibu bapa saya sebenarnya sudah tahu kakak saya, Anis Raihan akan kembali ke tanah air, tetapi mereka tidak tahu tarikh sebenar dia akan balik.

“Jadi saya dengan kakak berkomplot buat kejutan untuk  ibu. Tetapi ada satu masa tu, kami tengah berborak, adik bongsu saya terdengar perbualan kami.

Arif (kiri, berdiri) bergambar bersama keluarganya pada Hari Raya Aidilfitri minggu.

“Jadi kami ajak dia sertai rancangan ini dan suruh dia simpan rahsia. Pada hari kejadian iaitu 3 Jun, dua hari sebelum raya, kakak sampai di rumah tanpa disedari ibu,” jelas remaja berusia 17 tahun itu kepada mStar.

Jelas Arif, sebaik sahaja ibunya Ratna Nainy, 51, ternampak anak perempuannya yang berusia 23 tahun itu di depan matanya, dia terus terkejut dan menyebut namanya secara spontan.

Malah, menerusi video yang dikongsi, wanita itu dilihat jatuh terduduk sambil menangis kegembiraan.

Perkongsian Arif di laman Twitter menerima ulang kicau lebih 16,000 kali.

“Memang ibu terkejut. Lagi-lagi kakak saya ni anak ‘favourite’ dia. Ibu ingatkan kakak akan sampai malam raya, tetapi lebih awal dari jangkaan dia.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

Min tumpang happy jugak tengok mereka ni. Sib baik tak pengsan terkejut tengok anaknya balik senyap-senyap dr London. #mstaronlineofficial #mstarmns Kredit Twitter : Estabon

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) on

“Sekurang-kurangnya kami semua sempatlah merasai suasana berbuka puasa bersama-sama,” ujar anak ketiga daripada empat beradik ini.

Arif berkongsi momen gembira ibu dan kakaknya itu di laman Twitter dan tidak menjangka ramai yang turut terharu melihatnya.

Sebahagian daripada komen netizen yang turut terharu dengan video yang dikongsi Arif.

“Ya, saya ada baca banyak komen daripada pengikut Twitter yang lain dan ia sesuatu yang mengharukan saya.

“Tak sangka ramai yang suka tengok reaksi ibu saya,” katanya.

Tambah Arif, kakak sulungnya  telah kembali ke London bagi menyambung pengajian semester akhir.

Sumber : Mstar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDunia

Be the first to comment

Leave a Reply