A. Aida, Ariff cer4i talak satu – “Saya gembira dengan percer4ian ini”

 

BAHAGIA cuma seketika… Itulah rumusan yang boleh disimpulkan terhadap rumah tangga produser Datuk A. Aida dan pelakon baharu Ariff Aziz apabila mahligai dibina mereka musnah tidak sampai setahun.

Teka-teki keretakan rumah tangga mereka mula dihidu sejak beberapa bulan lalu selepas kedua-duanya memadamkan foto di laman sosial masing-masing.

Dalam sidang media khas di Hotel Concorde, Kuala Lumpur pada Selasa, A. Aida yang ditemani peguamnya Zulkifli Che Yong, mengumumkan dia tidak lagi menjadi isteri kepada Ariff selepas mereka bercer@i secara baik pada 24 April lalu.

Gambar kenangan majlis akad nikah A. Aida dan Ariff pada 21 Julai 2018.

Pencer@ian berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah, Gombak Timur dengan Ariff, 30, melafazkan talak satu kepada A. Aida.

“Jodoh di tangan Allah, siapa yang mahu berkahwin untuk bercer@i? Semua orang mahu perkahwinan bahagia yang berkekalan sehingga ke akhir hayat. Namun saya terima percer@ian ini yang hanya mampu bertahan tidak sampai setahun.

“Kami bercer@i dengan talak satu selepas bersetuju untuk menamatkan perkahwinan ini secara baik,” katanya kepada mStar.

A. Aida atau Zaidah Awang, 48, bagaimanapun enggan mendedahkan punca percer@iannya namun dia akui terlalu gembira untuk ‘solo’ kembali.

“Jujurnya saya amat gembira dengan percer@ian ini,” ujarnya.

Bercerita lanjut mengenai kegagalan perkahwinan buat kali keempat, A. Aida berkata dia reda dengan apa yang berlaku.

Saya hanya mengetahui dia seorang duda kira-kira tiga hari sebelum akad nikah berlangsung tapi tak apalah… saya tak kisah duda atau apa pun.

DATUK A. AIDA

PRODUSER

“Saya tidak kesal dengan perpisahan ini, saya sudah reda. Cuma saya ingin berpesan kepada pasangan yang sedang bercinta agar mengambil masa mengenali pasangan masing-masing sebelum berkahwin.

“Namun saya enggan meletakkan kesalahan di bahu mana-mana pihak,” katanya.

Tahu Ariff duda 3 hari sebelum nikah

Mengenai status Ariff iaitu seorang duda sebelum berkahwin dengan A. Aida, produser ini berkata dia hanya mengetahui perkara itu tiga hari sebelum akad nikah diadakan.

Mengakui mulanya terkejut dengan perkhabaran itu namun dia dapat menerima berita tersebut dengan baik.

“Saya hanya mengetahui dia seorang duda kira-kira tiga hari sebelum akad nikah berlangsung tapi tak apalah… saya tak kisah duda atau apa pun,” katanya.

A. Aida dan Ariff Aziz atau nama sebenarnya Wan Izma Ariff Abd Aziz diijabkabulkan dengan dua kali lafaz pada 21 Julai 2018 dalam satu majlis di Hotel Dorsett Grand di Subang Jaya, Selangor.

A Aida ditemani peguamnya Zulkifli Che Yong.

Mengikut perancangan asalnya majlis resepsi perkahwinan diadakan pada 20 April lalu sempena ulang tahun kelahiran A. Aida yang ke 48 di rumah persinggahannya di Janda Baik, Pahang namun malang sekali keretakan perkahwinan berlaku lebih awal, pada bulan kelahirannya itu.

Ditanya adakah disebabkan percintaan singkat antara faktor percer@ian kerana kegagalan mereka untuk memahami hati budi masing-masing A. Aida berkata, hasrat pertamanya ialah mahu bercinta selepas kahwin selain mengelak berlakunya maksiat.

Justeru, jalan terbaik ialah mendirikan rumah tangga secara sah selepas perkenalan singkat namun hajat agar perkahwinan itu kekal tidak seperti diimpikan.

“Bagi saya, jika kita menyukai seseorang, lebih baik kita kahwin dan kemudian baru bercinta kerana dengan cara itu boleh mengelak berlakunya maksiat tapi Allah itu lebih mengetahui segala-galanya. Ini semua adalah ketentuan Dia,” katanya.

Sepanjang bergelar suami, A. Aida turut menawarkan pekerjaan tetap kepada Ariff di syarikatnya iaitu A. Aida Production Sdn Bhd.

Untuk rekod A. Aida pernah berkahwin dengan bekas vokalis kumpulan Spring iaitu Ameng pada 1994 namun berpisah pada 2003.

A. Aida hanya mengenali Ariff secara rapat selama dua minggu sebelum memutuskan untuk bernikah.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Wan Az Aleesa, 22, dan Azevanatassha yang kini berusia 17 tahun.

A. Aida juga pernah berkahwin dengan seorang anggota polis lain-lain pangkat untuk tempoh beberapa bulan.

Dia kemudian berkahwin lagi bersama seorang pegawai polis yang berpangkat Asisten Supritenden (ASP) ketika itu, Suffian Sulaiman pada 2007 namun juga berakhir dengan pencer@ian.

Mereka berpisah pada 2013 dan dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Muhammad Rahul yang berusia 10 tahun.

Dalam pada itu usaha mStar untuk mendapatkan komen Ariff gagal kerana dia tidak memberi kerjasama untuk menjawab mesej dan panggilan telefon yang dibuat.

VIDEO :

Sumber: mStar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply