Tiba-tiba Bapa Pengantin Bangun Tegak Betul Betul Depan Tok Kadi Minta Tangguhkan Majlis

Akad nikah merupakan detik indah yang dinantikan oleh setiap pasangan yang bercinta. Saat lafaz diakad, maka bersatulah dua jiwa dalam melayari bahtera rumahtangga. Namun, cuba bayangkan di mana majlis yang diimpikan tidak menjadi kenyataan. Ini bukan cerita cinta putus di tengah jalan, bukan dua minggu lagi mahu kahwin majlis cancel.

Tapi realitinya si lelaki sudah bersedia di depan tok kadi mahu melafazkan akad aku terima nikahnya, si gadis di belakang sudah tersenyum debar ditemani sanak saudara dan rakan-rakan. Tiba-tiba sahaja, majlis tidak dapat diteruskan kerana album wang hantaran kosong. Siapa yang tidak sedih? Lagi-lagi bukan sikit jumlahnya itu.

Perkongsian pengalaman oleh Khairul Hakimin Muhammad semasa menjadi jurugambar untuk satu majlis nikah boleh dijadikan ikhtibar buat semua bakal pengantin di luar sana. Kalau berkaitan dengan duit, semua orang boleh lupa diri walau sedaging yang kita percaya. Berhati-hatilah.

Saya berjalan laju. Mahu pastikan bakal pengantin sentiasa di hadapan saya. Ibunya menghubungi saya sekitar beberapa hari sahaja lagi sebelum hari nikah. Oleh kerana pernah ambil gambar orang kahwin, saya layan sahajalah. Sampai di masjid. Pengantin diminta mengambil wuduk kemudian menunaikan solat 2 rakaat. Hantaran disusun berderet, setentang dengan hantaran pihak wanita.

Sesudah semuanya sampai, pihak wanita memulakan majlis. Tok kadi sudah duduk, lalu pengantin perempuan diminta duduk di bahagian belakang. Biar nampak dan sahih itulah pengantinnya. Baru sahaja mahu bermula, Tok Kadi tanya,“Boleh saya tengok duit hantaran?”Lalu pengapit menghulurkan senaskhah buku berupa album. Yang biasanya kita letakkan duit bersusun di dalamnya.

Tok Kadi menyambut. Lalu diselakkan helaian pertama, kedua dan memandang wajah pengantin. Lalu berbisik. Kemudian kecoh. Soksek sana sini. Pengantin bangun, mendapatkan ibunya. Ibunya memegang dada. Lalu juga bangun mahu melihat sendiri album tersebut. Ya kosong.

Tok Kadi bertanya jujur kepada pengantin, lalu pengantin menjawab “Sebenarnya memang ada, duit ini kami tinggal dengan sepupu kami. Dia kirimkan kepada kami pagi tadi. Kami tak buka, dia kata dia ke klinik, tak sihat. Tapi kami call tak jawab-jawab.” Tok Kadi tanya pihak perempuan,“Nak teruskan atau macam mana?”–Lalu bapa pengantin perempuan bersuara,–“Boleh kita beri 1 jam? Kalau tak ada juga, kita tangguh majlis ini.”

Panggg, ibu pengantin lelaki pengsan. Pengantin perempuan menangis teresak-esak. Kami yang jadi jurugambar ini duk berdiri sahaja melihat drama besar ini. Suasana terus kecoh. Pengantin lelaki sekejap ke sana, sekejap ke sini. Duit hantaran RM12,000 hilang begitu sahaja.

Selepas sejam, pengantin perempuan dan rombongannya bangun tinggalkan masjid. Bapanya berkeras tidak mahu teruskan majlis sekiranya duit hantaran tidak diberi sebelum nikah. Lalu duduklah kami di masjid dengan sepi. Sedang berdiam diri memandang sesama sendiri, pengantin lelaki duduk dan bersandar di dinding masjid sebaris dengan kami. Lalu menangis sekuat hatinya. Bapanya memujuk-mujuk. Menepuk bahunya. Lalu mereka berpeluk.

Selang sebulan dua, saya dihubungi lagi. Majlis nikah antara mereka dibuat sekali lagi. Dan majlis itu berjaya. Selepas semua urusan nikah selesai, mereka memaklumkan yang pasangan ini akan ke England untuk sambung belajar. Rupanya kenduri mereka digabungkan sahaja di sebuah dewan.

Sudah selesai kerja kami mengambil gambar, pengantin lelaki duduk dengan saya dan kawan (yang sama mengambil gambar). Kami bersembang bersama-sama. Lalu terpacul di bibirnya:–“Hidup ini tak usahlah duk mainkan orang, hati orang, jiwa orang. Kita kena beringat yang Allah juga boleh mainkan kita semula.

Aku kerap bergurau dengan kawan, keluarga, prank dan kenakan sesiapa memang jadi sebatilah. Semua orang kenal dah. Sekali masa nak nikah, Tuhan pula prank aku. Duit tu hilang sampai ke sudah, sepupu aku bawa lari. Padahal aku sendiri yang masukkan duit tu dalam album tu. Beri pada dia, manusia yang paling aku percaya.

Mujurlah keluarga isteri aku ok, boleh tangguh. Kalau tak, mesti melayanglah semua.”–Kami semua terdiam. Tak terfikir yang Allah juga boleh prank kita. Dan jika kita terkena prank yang itu, hadaplah sendiri, tak ada ketawa-ketawa, malah menangislah sampai kecewa.

Hidup ini boleh sahaja jadi ceria dengan gurau, senda, usik. Namun bab merancang dengan teliti untuk kenakan orang, elakkan sahajalah. Boleh jadi setitik rasa kecewa orang yang jadi mangsa memakbulkan doanya untuk kita pula menerima musibah yang tidak terfikir di kepala.

Apabila Pengantin Lelaki Membatalkan Perkahwinan Di Saat Akhir

Assalamualikum. Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini, marilah berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw.Hari ini acik balik ke kampung cepat-cepat acik auto post. memang Jodoh itu rahsia Allah yang tersembunyi rapi dan dia tahu yang terbaik untuk kita.. jom ikuti cerita ini.

Assalamualaikum acik , akhirnya dapat juga kak dila berhubung dengan acik. Minta maaf sangat sebab ganggu tengah malam. Masa ini saje yang kak dila ada , harap kak dila tak gangu acik, mane tahu tengah study?

Acik : walaikumusalam kak, ishhh tak adalah kak , tengah mood balik mengundi memang tak studylah jawabnye ? . Ye kak ada ape apa yang boleh acik tolong ?

Kak Dila :Alhamdulilah tak gangu , cam gini acik, akak selalu bace entry acik , nak kata setiap hari  sebab entry acik best. Akak bukan blogger tu susah nak contact acik, so that why i try my best want to talk something with u. Akak nak ceritakan pengalaman akak pula pada acik

Acik : SubhanaAllah terima kak sebab sudi datang dan bace blog acik yang tak seberapa  nie. Silakan kak kalau nak kongsikan apa apa, acik sudi mendengar.. Kak Dila : Macam gini dik, sekarang nie akak dengan Aiman iaitu suami ,kami dah berkahwin 3 tahun dah alhamdulilah. Tapi percaya tak aiman ni dulu bukan orang yang akak suka dan buat janji hidup

. Tapi sekarang dialah buah hati pengarang jantung hati akak. Akak dulu dengan abang aiman kawan baik sejak kami di Universiti lagi. Kami hanya sebatas kawan dan dia tahu akak ada teman lelaki . Teman lelaki akak namanye Razif, kamu “couple ” hampir 4 tahun sejak kami berkenalan di matrik.

Kami pernah punya harapan dan cita cita untuk hidup bersama dan ingin berkahwin.Kami merancang pelbagai pekara dan pernah terfikir bila ada anak nanti nak namakan siapa. Kemain excited time tu dik, yelah cinta bersemi.

Selepas kami tamat pengajian , kami pernah rancangan nak kawin tapi halangan sebab umur kami masih muda ,masa tu 23 tahun. Tapi akak yakinkan pada family bahawa Razif seorang lelaki yang bertanggungjawab dan baik , dia mampu jaga akak.

Akak desak ibu bapa untuk terima dia , dan akhirnya ibu bapa akak bersetuju kerana akaklah satu satunya anak perempuan dalam keluarga. Dan kami merancang untuk berkawin, kami tak mahu bertunang tapi terus kawin. Alhamdulilah tarikh telah di tetapkan.

Akak akan jadi bakal isteri orang yang akak cintai , saat itu sungguh excited. Semua persiapan telah di buat,Sewaktu seminggu lagi hari perkahwinan kami , Razif ada bagitahu yang dia terpaksa cancelkan perkahwinan kami kerana ada alasan yang tertentu ..Ermmm

Acik : Kenapa kak ? kenapa nak cancel ? Kak Dila : Sebab dia telah mengandungkan perempuan lain, dia jujur dengan akak. Saat itu dik akak rasa macam nak gila , rasa macam nak terjun bangunan pon ada, malu dik dengan mak ayah dan orang kampung.

Akak rasa down sangat dik . Tapi akak kuatkan hati dan selalu berdoa pada ALLAH kerana ujian kali ini sangat berat untuk akak terima. Semua persiapan dah di buat dan dah buat tempahan bahan mentah semua, dah tak boleh nak cancel last minute macam gitu.

Akak menangis tak henti henti, dan salah diri sendiri. Tapi mak bagi semangat untuk akak dan katanya berdoalah pada ALLAH,mohon padanya segalanya Dia yang menentukan dan Dia tahu yang terbaik untuk diri akak. Aku tak putus asa dan bermohon pada ALLAH dik. Tapi memang Allah itu sebaik perancangan.

Abang aiman tahu keadaan apa yang akak hadapi,  dan dia bagitahu ibu bapa akak yang dia sanggup ganti di tempat razif, Kata kata dia yang tak pernah akak lupa, “saya sebenarnya dah lama sukakan awak tapi hanya saya pendamkan dan luahkan pada ALLAH tak sangka kita berjodoh dan saya sedia hadapi apa orang nak cakap tentang kita.

Ya Allah saat tu air mata ini bercucuran tanpa henti , bersyukur segalanya. Akak nak kongsikan cerita ini kepada adik dan kepada pembaca blog, yakinlah pada ALLAH, percaya dia dengan segenab hati , jangan ragu ragu dan teruskan berdoa kepadanya.

Jodoh itu memang rahsia ALLAH yang telah di atur dengan rapi dan tak pernah kita sangkakan. Sejak dari itu, Hati akak yakin seyakinnya pada ALLAH yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani. Terima kasih dik sudi siarkan cerita akak nie.

Acik : alhamdulilah , memang betul kita hanya mampu merancang dan ALLAH adalah sebaik perancang, tarik nafas lega acik bahawa ,bukan hanya ada di dalam cerita dan novel yang terjadi seperti ini tetapi realitinya ada sebuah kenyataan dan novel atau cerita itu yang berdasarkan kisah sebenar. Jangan pernah ragu dengan ALLAH.

Sumber : ApamPink

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply