Isu DNA Anak, Akhirnya Abam Bocey Bersemuka Dengan ‘Pak Cik’ Itu!

 

“Alhamdulillah, semuanya selesai dan kami sudah berbaik. Harap semua orang jangan mar4h-mar4h lagi,” kata pelawak popular, Abam Bocey yang sudah berjumpa dengan lelaki yang menulis komen berbaur penghin4an terhadap Abam di Facebook selepas dia berkongsi berita kelahiran anaknya, Jumaat lalu.

Abam ketika dihubungi berkata, lelaki berusia dalam lingkungan 50-an yang menggunakan nama Lau Kok Chan di Facebook itu datang ke rumahnya bersama isteri dan dua anaknya dari Kuala Berang, Terengganu, hari ini.

“Untuk saya, sudah selesai. Orang datang cara baik ke rumah, kita sambutlah dengan baik juga. Alhamdulillah, syukur. Dia sanggup datang dari Kuala Berang untuk berjumpa saya. Saya doakan pakcik itu selamat kembali ke Terengganu. Di antara kami, sudah tak ada apa-apa lagi,” katanya.

Sebelum itu, gambar Abam bersama seorang lelaki terbabit tular selepas dimuat naik adiknya, Syed Ali di Instagram, hari ini.

Abam berkata, perbincangan dilakukan secara muafakat bersama lelaki itu dengan disaksikan ahli keluarganya. Bagaimanapun, Abam enggan mengulas lanjut mengenai perjumpaan mereka dan menganggapnya sudah selesai.

Abam mendirikan rumah tangga bersama wanita pilihannya, Siti Norhidayah pada 8 Disember 2017 dan mereka dikurniakan seorang bayi lelaki, Jumaat lalu

Sejak isu komen penghin4an ke atas Abam itu hangat diperkatakan, usaha dilakukan untuk menjejaki individu terbabit.

Di atas keprihatinan dan bantuan maklumat diberikan rakan-rakan, Abam berjaya menjejaki ‘Lau Kok Chan’ walaupun akaun Facebook lelaki terbabit sudah dipadamkan.

Sehubungan itu, menerusi perkongsian gambar Syed Ali di Instagram, pelawak dari kumpulan Puteh itu menulis kapsyen berbunyi perbincangan membawa muafakat, terlajak perahu boleh undur terlajak kata tak boleh undur.

Lebih 6,000 warganet yang mengikuti Instagram Syed Ali menyukai foto dimuat naik dan kebanyakannya meninggalkan komen positif dan berunsur nasihat. Rata-rata warganet memandang insiden membabitkan Abam dan individu ‘Lau Kok Chan’ ini sebagai pengajaran dan berhati-hati menulis komen.

Sumber : HM

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply