Bukan lagi gosip! Umum sudah tahu yang Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V kini sudah pun mendirikan rumah tangga dengan bekas Miss Moscow, Rihana Oksana Petra serta dikurniakan cahaya mata lelaki bernama Tengku Ismail Leon Petra Tengku Muhammad V Faris Petra.
Perkhabaran ini telah dimaklumkan oleh Rihana sendiri di laman Instagramnya baru-baru ni dan menimbulkan reaksi gembira dari rakyat jelata. Nampak kaki je pun min dah dapat agak mesti comel bayinya ni!
View this post on Instagram
“Bagi ramai orang, kisah pertemuan saya dengan suami saya tetap menjadi misteri tetapi…”
Meskipun pelbagai cerita yang keluar daripada pelbagai portal dan salah satu darinya daripada DailyMail yang mengatakan Rihana pertama kali bertemu dengan Sultan Muhammad V ketika promosi jam tangan elit di Eropah, realitinya tak ada siapa tahu kesahihan di sebalik kisah tu.
Namun beberapa hari lalu, Rihana mengambil keputusan untuk menceritakan detik-detik perkenalan mereka yang bagi admin sangat comel dan lucu!
Menurut postingnya di Instagram, Rihana memberitahu yang dia bertemu pertama kali dengan baginda pada musim bunga tahun 2017 lepas.
Malah baginda juga memperkenalkan dirinya sebagai ‘Raja Malaysia’ dan Rihana yang anggap kata-kata tersebut sebagai ‘joke’ turut mengakui dirinya sebagai Ratu Moscow.
Kisah belum selesai… netizen tak sabar nak dengar sambungan kisah Sultan Muhammad V dan Rihana
Walau bagaimanapun di akhir cerita, Rihana berkata yang dia akan sambung kisah yang tergantung tu di hari yang lain.
Pada masa yang sama, netizen yang mengikuti akaun Instagram tersebut sudah tak sabar-sabar menantikan kisah seterusnya dan berharap Rihana akan datang ke Kelantan tak lama lagi.
Admin mendoakan semoga Sultan Muhammad V, isteri dan anak dalam keadaan baik-baik je dan bahagia selalu. Tak sabar nak tengok muka baby mereka kan!
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato’ Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang
Sumber: LobakMerah
Leave a Reply