“Impian Saya Jadi Kenyataan, Saya Berjaya Juga” – Siti Nurhaliza Dedah Hampir Muntah Hijau Naik Bukit Peres

Penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza meluahkan rasa terharunya apabila impian untuk menawan Bukit Peres, Selangor berjaya menerusi aktiviti berbasikal yang disertainya.

Menerusi entri di Instagram (IG), Siti menjelaskan walaupun perkara tersebut bukan sesuatu aktiviti yang mudah untuk dilakukan namun dia berjaya lakukan bersama suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.

“Bila berjaya naik Bukit Peres setelah 1 bulan cuti kayuh, memang kejayaan terbaik secara peribadi.

“Mana taknya, Team Kayuh CTDK semua dah menawan Bukit Peres (Bukit yang paling popular untuk semua cyclist sebab mencabar), saya sorang je blom.

“Tapi bila kuatkan semangat, relax & nasihat trainer saya @faizsyarifuddin & @ayinazrin impian saya jadi kenyataan..

“Saya Berjaya juga! Tengokla gambar last tu. Tengah tahan nak muntah hijau lepas sampai puncak.hahahahah. Tapi tak jadi muntah sebab suami dah jampi. hahahaha. tipu ja,” tulisnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Bila berjaya naik Bukit Peres setelah 1 bulan cuti kayuh , memang kejayaan terbaik secara peribadi.. Mana taknya, Team Kayuh CTDK semua dah menawan Bukit Peres ( Bukit yang paling popular untuk semua cyclist sbb mencabar), saya sorang je blom?.. Tapi bila kuatkan semangat , relax & nasihat trainer saya @faizsyarifuddin & @ayinazrin ..impian saya jadi kenyataan.. Saya Berjaya juga!!! Tengokla gambar last tu… Tgh tahan nak muntah ijo ? lepas sampai puncak .. hahahahah.. (tapi tak jadi muntah sbb suami dah jampi.. hahahaha.. tipu ja!) #teamctdk #bahuluklasik #bukitperes #hululangat

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

Menerusi ruangan komen, rata-rata memberi kata-kata ucapan tahniah atas kejayaan Siti dan kagum dengan semangat yang ditunjukkan olehnya.

Steady Dato Sri. Naik Perez sampai senyum simpul

Hebat.. tahniah dato ct.. Alhamdulillah. mlm x leh tido.. bakar bakhoor.. mesti lena tido dato..

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: Instagram ctdk via gempak

Be the first to comment

Leave a Reply