Ally Iskandar Diijabkabul Kali Kedua, Bekas Isteri Farah Lee Luah Rasa

Menerusi sekeping gambar yang dikongsikan, terlihat riak bahagia pengantin baru yang diraikan.

Difahamkan Ally Iskandar telah sah menjadi suami buat kali kedua.

Namun, menjengah kepada Instagram bekas isteri, Farah Lee dilihat meluah rasa “bukan aku yang kuat. hanya rasa yang tlah tidak ada”.

Bilamana aku share moment Maream bertemu daddy setelah sampai ke Malaysia dari UK, moment aku dan keluarga mertua juga saat kami beraya bersama, rata-rata merasakan mereka sedih, tersentuh, sayu.

“Aku juga dikatakan mereka kuat. Kuat menyorok rasa disebalik senyuman di muka.

“Aku kembali kepada moment tersebut. Apa yang aku rasa.? Tiada. Kosong. Hanya bahagia menghargai mereka yang pernah hadir dalam hidup aku. Tiada apa yang dipalsukan, hanya aku menjadi aku.

“Telah terlalu banyak rasa aku sudah terpaksa tempuh. Jadi telah penat untuk merasa apa-apa. Kasih yang tlah ada juga telah lama lunyai. Harapan.? Terus tutup dan katup.

Katalah engkau itu ego. Keras hati. Pentingkan diri.

“Pada aku, itu hadiah Tuhan, yang mengganti perasaan, dengan kekosongan. #FLwrites.

  

 

Rata-rata netizen mendoakan agar ibu muda ini bertemu bahagia selepas nakhoda pertama hancur berkecai.

 

Pengacara popular itu bagaimanapun tidak membuat perkongsian mengenai majlis pernikahannya.

 

Selamat pengantin baru buat Ally dan semoga bertemu jodoh buat Farah Lee.

Ally dan Farah bernikah pada 20 Januari 2012 namun berpisah pada 17 Ogos 2016.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: Sumber: mh via gengjoyah,menujukebenaran

Foto : Instagram Farah Lee, Ally Iskandar

Be the first to comment

Leave a Reply