Dianggap Selalu Lebihkan Anak Perempuan & Anak Tirikan Anak Lelaki , Aeril Zafril Beri Penjelasan

Pelakon, Aeril Zafril mengakui tidak berasa selesa kerana sering menerima mesej peribadi (DM) daripada orang ramai yang menganggap dirinya sering menganak tirikan anak lelakinya, Attar.

Menurut Aeril, jadual persekolah Attar yang sibuk menyebabkan dia jarang berkongsi tentang anak lelakinya itu apatah lagi membawanya pergi bercuti.

Rasa kurang senang itu diuahkan Aeril menerusi laman Instagram miliknya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

attar ada je ni kt rumah. kami tak pos gambar dia bukan sebab dah tak sayng dia. tapi sebab kami tak bawak dia bercuti. sebab dia ada sekolah pagi dengan ptg. asyik2 DM cakap dah tak sayang anak laki la. dah di anak tirikan la. pos ni sebab dah banyak kali org DM tanya soalan yg sama.

A post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel) on

“Attar ada je ni kat rumah. Kami tak post gambar dia bukan sebab dah tak sayang dia.

“Tapi sebab kami tak bawa dia bercuti sebab dia sekolah pagi dan petang.

“Asyik-asyik DM cakap dah tak sayang anak lelaki la. Dah dianak tirikan la. Post ni sebab dah banyak kali orang dm tanya soalan yang sama.

Dalam pada itu, Aeril turut memuat naik sebuah lagi entri menunjukkan komen biadap sesetengah netizen.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan Aeril itu dan turut menyifatkan sesetengah netizen seperti bermasalah.

Tidak semua ibu bapa suka berkongsi perihal anak mereka di media sosial.

Janganlah kita membuat sebarang andaian kerana risau perkara tersebut boleh mengguris hati mana-mana pihak.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: Instagram aeril_zafrel via MH

Be the first to comment

Leave a Reply