Penyanyi, pengacara dan pelakon, Alif Satar bakal menerima cahaya mata lelaki.
Berita ini dikongsikan oleh isteri Alif, Shadila Halid menerusi kemas kini terbaru akaun Instagram miliknya.
Shadila memuat naik foto imbasan bayi bersama ‘bow tie’ dan ‘mustache prop’.
“Boy, oh boy,” tulis Shadila ringkas.
Alif dan Shadila dijangka bakal menerima kehadiran permata hati baru mereka pada Oktober ini.
Alif dan Shadila mendirikan rumah tangga pada 15 September 2014 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua anak perempuan Alisha Anugerah, 4, dan Ariana Mecca, 2.
Dalam pada itu, pasangan ini turut dihujani dengan ucapan tahniah daripada netizen di ruangan komen.
Wahh.. its boy… tahniah alif dan wife.. now complete famili
alhamdulillah..doa daddy alip ,fam n ami dimakbulkan ..cant wait for u hero
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang
Sumber: Instagram Shadilahalid via gempak
Leave a Reply