Anjur Majlis Aqiqah Anak Sulung, Wajah Comel Anak Abam Bocey Tarik Perhatian, Syed Uthman Hamzah Namanya.

Semalam, pelakon dan pelawak, Abam Bocey telah pun melansungkan majlis aqiqah anak sulungnya yang berlansung di kediamannya di Batu 10, Gombak.

Abam dan isteri, Siti Norhidayah yang lengkap sedondon menerusi persalinan merah hati dilihat gembira meraikan hari berbahagia buat anak sulung mereka itu.

Malah, anggota kumpulan Bocey itu turut memperkenalkan nama anak lelakinya itu iaitu Syed Uthman Hamzah.

Momen indah tersebut dikongsikan Abam menerusi laman Instagram miliknya.

“Alhamdulillah selesai majlis aqiqah anak saya hari ni.

“Terima kasih kepada semua yang sudi memeriahkan majlis aqiqah anakanda saya,” tulisnya.

Dalam pada itu, penceramah selebriti, Ustaz Syed Norhisyam turut dilihat hadir meraikan majlis tersebut.

“Terima kasih ustaz. Love u. Sudi datang melawat anak sulung saya SYED UTHMAN HAMZAH. Alhamdulillah,” tulisnya lagi.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen mentipkan ucapan tahniah malah turut mendoakan Abam dan seluruh ahli keluarganya.

Terdahulu, Abam dan Nur Hidayah telah pun melansungkan perkahwinan mereka pada tanggal 8 Disember 2017.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: MH

Be the first to comment

Leave a Reply