Pelakon dan usahawan Fizo Omar mengakui memerlukan masa untuk memberi penjelasan mengenai dakwaan rumah tangga dengan isterinya, Mawar Abdul Karim berdepan kemelut ketika ini.
Menurut laporan Harian Metro, Fizo menjelaskan dia tidak bersedia untuk memberi sebarang komen berkaitan masalah yang sedang dihadapinya.
View this post on Instagram
“Saya tidak boleh beri sebarang kenyataan buat masa ini. Berilah saya masa sikit. Bila semua sudah okay barulah saya akan beri kenyataan kepada media.
“Saya mohon maaf kerana tidak dapat menjawab panggilan. Buat masa ini lebih baik saya tidak beri sebarang komen.
“Saya akan tampil memberi penjelasan kepada semua pihak apabila sampai masanya nanti,” katanya.
Ditanya sama ada dia dan Mawar sudah tidak tinggal sebumbung, Fizo terus mengunci mulut.
Terdahulu, laporan kolum sisipan sebuah akhbar mendakwa, Mawar sudah menemui peguam untuk mendapatkan nasihat berhubung perkara berkenaan.
Sebelum ini, mahligai pasangan terbabit dikatakan berdepan masalah dan mula menjadi bualan ramai apabila Fizo meraikan Aidilfitri berasingan dengan isteri dan anaknya.
Fizo dilaporkan beraya di Kelantan, manakala Mawar dan anaknya pula di Pulau Pinang.
Fizo dan Mawar mendirikan rumah tangga pada November 2013 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan anak perempuan, Wan Maryam.
Sumber : Harian Metro via Gempak
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang
Leave a Reply