Rasanya nama besar seperti Zizan Razak ni tak perlu diperkenalkan lagi sebab rata-rata daripada bapa sampailah ke anak, semua dah kenal dengan pelakon dan pelawak berbakat ni.
Baru-baru ni, Zizan yang pernah digosipkan bercinta dengan Mira Filzah telah pun memuat naik sebuah gambar mesra bersama seorang gadis yang admin rasa bukan berasal dari Malaysia. Sudahlah cun, ‘mesra’ pulak tu. Apa cerita Zizang?
View this post on Instagram
“SAIYASUKAPHORN dan siapa lagi suka??”
Menerusi perkongsian di InstagramZizan, dia telah memuat naik gambar bersama pelakon wanita Thai, Kaew Korravee yang telah membintangi filem Bikers Kentalbersamanya tak lama dulu.
Korang yang tengok filem mesti si Kaew ni kan?
Foto yang telah meraih lebih 80,000 likes ini mendapat perhatian ramai kerana ramai yang sukakan Kaew yang cantik jelita tu berdampingan dengan Abam Zizang.
“Give me k!sssss” – Kaew
Namun gambar di atas tadi tiada tandingannya dengan gambar dimuat naik Kaew yang admin rasa sangat ‘wow’. Kaew melalui Instagram telah post 3 gambar ‘mesra’ bersama Zizan yang menarik perhatian ramai.
Psst… gambar ni daripada scene Bikers Kental lah gaiss. Jangan fikir bukan-bukan!
Ini antara respond dari netizen mengenai gambar tersebut. Bang Jijan tak takut Kak Mira marah keee?
Cantiknya Kaew Korravee ni!
Bagi mereka yang tak kenal siapa Kaew ni, dia merupakan seorang pelakon Thai-Burma yang aktif dalam dunia filem serta menjadi model bagi pelbagai iklan.
Kaew mula femes apabila melakonkan watak Emily dalam filem Deception tahun lepas dan inilah kali pertama dia berlakon dalam filem Malaysia, Bikers Kental 2.
Jaga-jaga Zizan, nanti jatuh hati! Cian Mira Filzah…hihi
Sumber : lobakmerah
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang
Leave a Reply