Buat Undian Cer4i Atau Tak Di Instagram, Nadya Syahera Terkejut Tindakan Suami

Sebelum ini, pelakon drama Setelah Terlafaznya Akad, Nadya Syahera pernah mendedahkan keretakan rumah tangga didakwanya punca dari orang ketiga. Lebih mengukuhkan lagi apabila dia menjumpai bukti sekeping gambar suami bersama seorang gadis dari Kelantan yang dipercayai adik kepada pengasas produk kosmetik.

Lebih mengejutkan lagi apabila Nadya Syahera terlihat tindakan suaminya, Fizul Nawi meminta pandangan netizen memberi pandangan terhadap rumah tangganya menerusi kaedah undian ‘poll’ di IG Story.

Tak tahu apa niat sebenar dia

Susulan dari tindakan Fizul Nawi di IG Story itu, Nadya Syahera terkejut dan tidak mengetahui niat sebenar suami berbuat demikian.

Saya memang agak terkejut apabila diberitahu Fizul ada meminta netizen untuk mengundi sama ada nak bercr4i atau tidak di ‘poll’ di IG Story.

Tak tahu apa niat sebenar dia buat macam tu. Sebab selama ini, dia tidak pernah pula kata nak bercer4i tapi ada la juga bagi bayangan seakan nak ke arah itu.

Bukan nak jatuhkan maruah sesiapa

Sementara itu, Nadya Syahera tidak berniat untuk membuka aib atau menjatuhkan maruah mana-mana pihak. Tetapi hanya memberi pengajaran kepada suami atau wanita diluar sana untuk tidak menggoda suami orang.

Saya pun tak tahu apa yang dia nak sebenarnya. Mungkin apa yang dimuatnaik itu dia sedang m4rah dan tak boleh fikir secara rasional. Saya bukan nak jatuhkan maruah sesiapa atau aibkan suami sendiri.

Apa yang saya buat sendiri hanya ingin memberi dia pengajaran dan juga kepada wanita-wanita yang meny0ndol suami orang.

Dia masih ada anak yang perlu diutamakan

Tambah pelakon ini lagi, buat sementara waktu ini dia hanya menyelesaikan masalah itu melalui telefon sahaja. Memandangkan Fizul Nawi masih berada di Kelantan.

Buat masa sekarang ini, saya masih berhubung dengan Fizul melalui telefon sebab saya pun masih isteri dia dan dia masih ada anak-anak yang perlu diutamakan.

Tapi saya akan bincang masalah kami bila dia balik KL sebab sekarang dia di Kelantan menguruskan perniagaan.

Sebelum ini ‘Hampir Sebulan Tak Balik’ – Nadya Syahera Dedah Suami Curang Dengan Adik Pengasas Produk Kosmetik Terkenal?

Menerusi MHE TV, pelakon drama Setelah Terlafaznya Akad, Nadya Syahera mendedahkan rumah tangganya kini berantakan gara-gara orang ketiga. Menurutnya, dia mendapat bukti pada sekeping gambar suaminya itu menjalin hubungan dengan seorang gadis dari Kelantan yang dipercayai  adik kepada pengasas produk kosmetik terkenal.

Mencurigainya sejak bekerja di luar kawasan

Sebenarnya, hal ini baru saja dapat dibongkar kira-kira seminggu sebelum sambutan Aidilfitri yang lalu walaupun kecurigaan saya terhadapnya sudah dirasakan lebih awal.

Naluri isteri, jujurnya saya mencurigainya sejak dia bekerja di luar kawasan iaitu di Kelantan yang juga merupakan kampung halamannya.

Perkahwinan Nadya dan Fizul pada 25 September 2015 adalah kali kedua buat pasangan itu setelah masing-masing gagal mempertahankan rumah tangga pertama mereka.

Kononnya atas urusan kerja

Hampir sebulan dia di sana kononnya atas urusan kerja semata-mata dan langsung tidak balik ke rumah kami di Shah Alam untuk menjenguk saya serta anak-anak.

Akhirnya, teka-teki yang selama ini bermain di benak fikiran terjawab selepas melihat beberapa keping gambar yang membuktikannya bermain kayu tiga.

Menurut Nadya, dia difahamkan gadis terbabit adalah adik kepada pengasas produk kosmetik terkenal yang beroperasi di negeri Pantai Timur itu.

Bahkan, hubungan kedua-duanya bermula setelah gadis berkenaan datang ke premis restorannya sebagai seorang pelanggan.

Apapun yang berlaku, saya akan berusaha untuk pertahankan perkahwinan ini dan belum terdetik untuk meminta cer4i waima tak dapat dinafikan betapa kecewanya saya atas perbuatan dilakukannya..

Hasil perkongsian hidup selama empat tahun, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aleena Rose dan Mohamad Dayyan yang masing-masing berusia dua dan satu tahun.

Sumber: mStar via OhBulan

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply