“Thank You For Spoiling My Son” – Anzalna

Aktres jelita, Anzalna Nasir berkongsi sekeping foto beberapa hadiah berupa pakaian jenama mewah yang dihadiahkan kepada anaknya, Eidrees.

Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya hari ini.

Anzalna mengucapkan terima kasih kepada ibu dan bapa saudara kepada anaknya itu kerana memberi hadiah tersebut.

Antara jenama mewah yang kelihatan dalam foto itu adalah Hermes dan Ralph Lauren.

“Thank you for spoiling my son, aunties and uncles!

“Mummy dia tak minta lebih, kalau dapat orange box macam Eidrees tu pun dah cukup bersyukur sangat,” tulisnya sebagai kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut tumpang gembira melihat hadiah yang diterima Eidrees.

Anzalna selamat melahirkan cahaya mata pertamanya, Mohamad Eidress pada 31 Mei 2019.

Pemilik nama sebenar Nur Anzalna Md Nasir ini mendirikan rumah tangga bersama suaminya Hanif Zaki pada 21 Februari 2016 selepas beberapa tahun menyulam cinta.  

Comelnya Baby Boy! Anzalna & Suami Umum Nama Anak… Diambil Sempena Nama Nabi

Pelakon jelita Anzalna Nasir bersama suaminya Hanif Zaki menamakan putera sulung mereka Mohamad Eidrees.

Berita gembira itu dikongsikan oleh Anzalna dan Hanif di laman Instagram masing-masing bersempena dengan majlis tahnik Mohamad Eidrees.

Anzalna memuat naik foto comel Mohamar Eidrees di sekitar majlis terbabit.

“Syukur Alhamdulillah selesai acara mentahnik anak pada hari ke-7 kelahirannya. Nama dipilih Mohamad Eidrees bin Mohamad Hanif.

“Eidulfitr dan Idrees, is a variant of the Arabic name Idris which is the name of a Quranic prophet,” kata Anzalna pada entri Instagramnya.

Menurut Anzalna sehingga kini dia masih tidak percaya kerana sudah mempunyai anaknya sendiri.

“Allah itu perancang terbaik dalam hidup kita. Sebelum ni asyik main dengan anak orang ja,” katanya.

Menjengah ke ruang komen, rata-rata rakan artis serta netizen memuji nama Mohamad Eidrees yang dipilih pasangan terbabit.

Antara yang kelihatan termasuklah Lisa Surihani, Uyaina Arshad dan Idris Khan.

Untuk makluman semua, Mohamad Eidrees dilahirkan di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur pada Jumaat, 31 Mei 2019.

Anzalna atau nama sebenarnya, Nur Anzalna Md Nasir, 31, berkahwin dengan Hanif, 31, pada 21 Februari 2016 selepas beberapa tahun.

Sumber : gempak via MediaOhsem

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply