Zarina Zainuddin cari jodoh buat anaknya

Setiap manusia mempunyai naluri untuk berteman walaupun diri tidaklah sempurna.

Begitu juga dengan anak lelaki pelakon Zarina Zainuddin yang menyuarakan hasrat mahu berkahwin, meskipun sedar dirinya mempunyai masalah autisme.

Malah Zarina sendiri berasa terharu dan sedar bahawa Muhammad Raizal Azrai atau Azal, 23, kini sudah dewasa.

 

Zarina sedar bahawa Azal kini sudah dewasa dan mempunyai naluri seperti manusia biasa

Menerusi entri yang dimuat naik pelakon itu dalam Instagram miliknya, Zarina menulis dia mahu mencari jodoh buat anaknya itu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Azal anak yang baik.. azal dah dewasa rupanya.. #netflixmovies Azal cakap semalam dia nak kawin siapa yang sudi kawin dengan azal boleh dm saya Tapi azal nak perempuan rambut panjang putih melepak tinggi lampai dan pandai baca AlQuran ?

A post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_) on

“Azal anak yang baik. Azal dah dewasa rupanya…#netflixmovies

“Azal cakap semalam dia nak kawin, siapa yang sudi kawin dengan Azal boleh DM saya,” tulis Zarina.

Tambah Zarina, dia mencari gadis yang sudi untuk berkahwin dengan Azal dan sanggup menghadapi dugaan bersama.

Bagaimanapun Zarina memberitahu Azal mahukan gadis yang mempunyai ciri-ciri tertentu.

“Tapi Azal nak perempuan rambut panjang, putih melepak, tinggi lampai dan pandai baca Al-Quran,” tulisnya lagi.

Azal mempunyai seorang abang kembar autisme bernama Muhammad Razil Azrai, 23.

 

Azal sering bersama Zarina dan membantu Zarina membuat kerja

Azal memberitahu ciri-ciri isterinya iaitu berambut panjang, putih melepak, tinggi lampai dan pandai baca Al-Quran

Berbeza dengan Azil yang tak boleh bertutur dan lebih sukar dikawal, Azal nampak seperti seorang lelaki normal, mudah dikawal dan boleh melakukan pelbagai kerja.

Malah ruangan komen dalam Instagram Zarina berkenaan entri tersebut turut meraih perhatian dan ramai mendoakan jodoh buat Azal. – MHE TV

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: mhetv 

Be the first to comment

Leave a Reply