Romantik! Demi Cinta Lelaki Ini Labur RM4.5 Juta Bina Kediaman Minangkabau Untuk Isteri

Ramai sanggup buat apa sahaja untuk membuktikan cinta kepada pasangan mereka. Ada yang sanggup berhabis duit untuk membelikan pasangan kereta, berlian, dan membawa mereka bercuti untuk membuat mereka gembira. Tetapi bagi seorang lelaki warga Australia bernama Yusuf, cinta terhadap isteri hanya dapat di terjemahkan dalam bentuk rumah resort Minangkabau bernilai 4.5 juta.

Kekalkan warisan keluarga.

Yusuf dan isterinya Zaharah berkahwin pada tahun 1966 dan isterinya itu sudah lama menanamkan hasrat untuk miliki rumah Minangkabau ala resort untuk mengekalkan warisan keluarga. Dia memenuhi impian isterinya itu sebagai penghargaan buat Zaharah kerana sanggup mengikutnya menetap di Australia sejak 1966 sehingga mendapat kerakyatan di negara itu.

Tanah berkeluasan 1.6 hektar milik bapa mertua.

Kediaman yang berkonsepkan Minangkabau itu dinamakan Astana Az-Zahrah dan dibina secara berperingkat pada tahun 2016 di tanah berkeluasan 1.6 hektar milik bapa mertuanya. Ia dilengkapi dengan rumah gadang, pejabat, dewan, bilik penginapan berserta beberapa kediaman lain manakala setiap bilik diabadikan dengan nama arwah datuk dan adik-beradik isteri.

Bangga jadi sebahagian daripada Adat Pepatih.

Yusuf mengakui bangga apabila menjadi sebahagian daripada Adat Perpatih di Negeri Sembilan selepas mengahwini Zaharah di London, England selepas dia memeluk Islam. Dia akui walaupun isterinya telah lama menjadi rakyat Australia namun jiwa Melayu dan ikatan adat masih menebal dalam diri isterinya yang merupakan anak kelahiran Kampung Bukit Laka, Bahau itu.

Sumber: Metro via HCL

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply