Pemberian Elaun 5 Ribu Setiap Bulan Untuk Seumur Hidup Kepada Sasterawan Negara Dipertikai, Ini Komen Netizen!

Baru-baru ini Menteri Kewangan telah memperuntukkan pembiayaan elaun kepada 7 orang sasterawan negara sebagai tanda penghargaan kepada usaha dan dedikasi mereka dalam membina bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan. Berikutan hal itu ada yang mempertikaikan pemberian tersebut, terutamanya kepada Datuk Seri Dr. A Samad Said.

Ada yang mempertikaikan mengapa sasterawan negara diberi keutamaan sedangkan penjawat awam lain yang telah bekerja 30 tahun tetapi tidak mendapat apa-apa sumbangan. Ada juga yang menganggap pemberian itu sebagai tidak adil kerana terdapat perajurit-perajurit tanah air yang berkorban anggota badan untuk melindungi negara tetapi hanya mendapat pencen lama sebanyak RM 2 ribu.

Sehubungan dengan itu, ramai netizen yang mempertahankan keputusan kerajaan kerana menganggap pemberian itu adalah wajar memandangkan A. Samad Said dan sasterawan negara yang lain telah memberi sumbangan tidak ternilai kepada negara yang akan berkekalan selama-lamanya.

“Dia telah menyumbang kepada kesusasteraan negara lebih dari 30 tahun…”

“Kerja 30 tahun tapi tak buat kerja pun ada hati nak RM 5,000 jugak ke?”

“Sasterawan negara ni bukan mcm kerani pejabat…”

“Dia telah menghasilkan berpuluh karya…”

“Sumbangannya akan berkekalan sehingga generasi akan datang…”

“Dia layak menerimanya. Malah dia layak dapat lebih dari 5k.”

Sasterawan lain yang turut mendapat biayaan itu termasuklah Prof Emeritus Dr. Muhammad Salleh, Datuk Noordin Hassan, Datuk Dr. Mohd Anuar Rethwan, Datuk Dr. Ahmad Khamal Abdullah, Datuk Dr. Baharuddin Zainal, dan Datuk Dr. Zurinah Hassan.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: Twitter, Berita Harian via HCL

Be the first to comment

Leave a Reply