“Ahad pun kerja ke Zizan” – Shuib terkejut jumpa tukang gunting rambut muka sebijik macam Zizan

Siapa percaya dengan pelanduk dua serupa? Ada orang kata, di dalam dunia ini akan tujuh orang yang mempunyai wajah serupa atau seakan-akan sama. Terbaru, menerusi laman Instagram pelawak, Shuib Sepahtu telah berkongsi foto seorang tukang gunting rambut yang berkemungkinan warganegara Bangladesh sedang menggunting rambut pelanggan.

Hari ahad pon kerja ke Zizan?

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Hari ahad pon keje ke @zizanrazak869 ??? Patutlah call tak angkat,sibuk kat saloon rupanya ? . . @ysukushuib #yssproject #shuibchannel #teamkurakura

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu) on

Namun, yang menjadi perhatian adalah wajah tukang gunting tersebut sangat seiras dengan wajah Zizan Razak, terutama sekali di bahagian hidung.

Tidak sah kalau tak menyakat, Shuib menerusi kapsyennya sempat mengusik sahabatnya dengan menganggap tukang gunting tersebut adalah Zizan. “Hari ahad pon keje ke @zizanrazak869 ??? Patutlah call tak angkat,sibuk kat saloon rupanya…”

First customer ni pelakon Vietnam… Lebih lucu lagi, Zizan pun melayan juga usikan Shuib, malah pelawak itu sempat membuat satu posting untuk membahan semula Shuib di Instagramnya.

Buat part-time tak cover hidung memang la orang cam. Malah, tidak dapat dinafikan lagi ramai yang mengatakan wajah Zizan memang sangat seiras dengan tukang gunting rambut tersebut.

Hidung tu memang sama!

Memang Zizan ke tu?

Ada bakat potong rambut rupenyer…

Sumber : Shuib Sepahtu & Zizan Razak via Arenasetempat

Artikel berkaitan.’Motosikal Shuib jadi bunga’. PENYANYI Siti Sarah Raisuddin membuat kejutan kepada suaminya yang juga pelawak dan penyampai radio popular Shuib Sepahtu dengan menampal manik dan hiasan bunga di beberapa bahagian motosikal miliknya.

Sarah ketika dihubungi berkata, itu adalah sebagai kejutan dan tanda cinta buat suaminya yang baru membeli motosikal jenis Yamaha Y15ZR itu dua minggu lalu.

“Dia sudah membeli motosikal itu sejak dua minggu lalu tapi tak sempat buat apa-apa lagi kerana Aidilfitri semakin hampir. Jadi, beberapa hari lalu ketika dia sedang tidur, saya ‘kerjakan’ motosikal kesayangannya itu,” katanya.

Ditanya bagaimana reaksi suaminya ketika pertama kali melihat hasil tindakannya itu, Sarah berkata, Shuib tergamam. “Dia pun tak tahu nak beri reaksi apa sebab terkejut.

Nak marah pun, sayang. Muka dia jadi ‘keras’ saja waktu nampak hasil kerja kreatif saya. Pada awalnya, saya rancang nak tampal Swarovski asli, tapi bimbang juga jika tercabut, membazir pula. Jadi, saya tampal manik biasa dan bunga-bunga,” katanya.

Sarah berkata, dia juga menerima pelbagai k0men daripada n3tizen terutamanya yang bergelar isteri. “Ramai pengikut di Instagram terutamanya wanita ‘tag’ suami mereka dan mahu lakukan perkara sama kepada motosikal mereka.

“Ada juga rakan artis seperti Zizan Razak yang menghubungi saya dan bergurau meminta saya hasilkan hasil kerja tampalan manik di motosikalnya untuk digunakan sempena sambutan Hari Kebangsaan,” katanya.

Sarah juga berkongsi video proses menampal manik di motosikal suaminya di Instagram TV (IGTV) dan sehingga kini sudah mencatat lebih 670,000 tontonan.

Shuib yang juga penyampai radio di Hot FM turut berkongsi beberapa gambarnya bersama Sarah di samping motosikal yang siap ditampal dengan manik berwarna-warni itu.

Sebelum ini Shuib memuat naik gambar dia bersama motosikal berkenaan di Instagram dan memaklumkan dia dua kali meminta izin daripada Sarah untuk membelinya.

Hantaran itu mengundang pelbagai reaksi daripada 3tizen termasuk ada yang mendakwa Shuib seorang dayvs kerana meminta izin daripada isteri untuk membeli motosikal.

Sarah juga tidak menyangka netizen sanggup menulis k0men sedemikian hanya kerana Shuib meminta izin daripadanya untuk membeli motosikal.

Sumber : hmetro

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

 

Be the first to comment

Leave a Reply