![[VIDEO] “Berakhir Sudah Pencarian Jalan Cinta”, – Mira Filzah_5d1da0b2913ba.jpeg](https://i0.wp.com/www.lepatpisang.com/wp-content/uploads/2019/07/video-berakhir-sudah-pencarian-jalan-cinta-mira-filzah_5d1da0b286557.jpeg?resize=678%2C381&ssl=1)
PELAKON Mira Filzah mengakui dirinya tidak sempurna namun dia sentiasa mencuba untuk menjadi lebih baik bermula dengan niat, hati dan usaha.
Menurut Mira, 25, sekiranya seseorang inginkan pasangan yang menjaga solat, individu itu juga perlu melakukan perkara sama.
“Saya mungkin tidak sempurna, tapi saya sentiasa mencuba untuk menjadi lebih baik hari demi hari. Insya-Allah.
“Semua bermula dengan niat, hati, dan usaha. Dan anak dara pun kenalah jaga solat kalau nak bakal suami jaga solat kan?” katanya.
“Sebelum nak jaga anak dara orang ‘JAGA SOLAT’. Jaga hubungan dengan Allah dahulu, baru jaga hubungan dengan sesama manusia,” tulisnya.
Mira turut memuat naik paparan skrin Instastory pengacara Uyaina Arshad yang berkongsi kenyataan mengatakan seseorang itu perlu menjaga hubungan dengan Allah terlebih dahulu.
Pelakon drama Pujaan Hati Kanda ini berkongsi perkara tersebut menerusi laman Instastory miliknya
Dia masuk rumah kita dia halau kita?! Hello kita tak lembik okay! Dan kita bukan sejenis yg pasrah je. Mana boleh berserah. Mana boleh mengalah. ? Haa kan dah salah lagu. Cuma kita cukup waras nk berlawan dgn orang TIDAK waras! ? – Tiara #PujaanHatiKanda
VIDEO :
Sumber : Mstar via IG Mira Filzah
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang
Leave a Reply