“Macam sebuah keluarga bahagia yang lengkap..” – Netizen Usik Hael Husaini & Dayang Nurfaizah

Penyanyi popular, Hael Husaini berkongsi beberapa foto bersama Dayang Nurfaizah, anak angkat Hael, Halena dan anak saudara Dayang, Zahra Aeisha atau mesra disapa sebagai Yaya.

Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.

“Alhamdulillah last Syawal,” tulis Hael ringkas sebagai kapsyen.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

ALHAMDULILLAH last Syawal

A post shared by HARI INI(New Release) (@haelhusaini) on

Entri terbabit telah mencuri tumpuan netizen, rata-rata mereka mengusik seolah kedua-dua penyanyi hebat itu sedang menjalin hubungan istimewa.

Namun begitu, pelantun lagu Hari Ini itu masih tidak memberi sebarang respon terhadap usikan tersebut.

Komen Netizen :

bila nk kwen… ni @haelhusaini lama kak dayang mbujang huhuhu.. moga jdoh kalian berdua aamiin….

suka tengok gambar ni.. semoga baik2 sahaja

family perfect

keluarga bahagia

Imbas kembali, 4 Februari lalu, Hael dan Dayang telah melakar kecemerlangan bersama dengan merangkul tempat pertama di Anugerah Juara Lagu Ke-33 (AJL33) menerusi lagu Haram. 

Selain itu, peminat sering mengaitkan Hael dan Dayang serta berharap kedua-dua penyanyi ini menjalin hubungan istimewa memandangkan status masing-masing yang masih solo.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber:     instagram haelhusaini via gempak

Be the first to comment

Leave a Reply