“Ingatkan Berani Sangat…” – Gelagat Zara Zya Temu ramah Seekor Monyet Buat Ramai Terbahak-bahak

Selebriti cantik Zara Zya semakin dikenali ramai sejak lakonannya dalam drama Pia mendapat tempat dihati peminat. Selain berbakat dalam bidang lakonan dan nyanyian, ramai yang tidak tahu bahawa beliau juga seorang yang agak kelakar dan sempoi. Hal ini dapat dilihat melalui video-video yang memaparkan gelagat-gelagat beliau yang membuatkan ramai orang terhibur.

Baru-baru ini Zara Zya telah memuatnaik video berkenaan gelagatnya yang sedang mengacara Rancangan ‘Majalah 4’ yang dan menemuramah seekor monyet yang diberi nama ‘Ikram’. 

Pada awalnya Zara kelihatan begitu berani dan tenang untuk mendekati haiwan tersebut dan menanyakan keadaan monyet yang seolah-olah sedang bersedih kerana terpisah dengan rakan-rakanya. Namun, apabila monyet tersebut ingin mendekatinya, Zara terus menggelabah dan terus melompat dari tempat duduknya.

 

Hal ini membuatkan ramai netizen terhibur melihat aksinya. Lihat video dibawah.

VIDEO :

Komen Netizen :

Tersembur sy mkn nasi tgk awk menggelaba zara

baru nak jawab dah lari

part last lawak hahahaha comel jaa kak

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: Instagram zarazya

Be the first to comment

Leave a Reply