“Gmbar Tu Aku Pijak Nanti Karang,” – Reaksi Sharifah Shahirah Bila Anak Beli Kad Foto BTS

Pelakon dan penyampai radio, Shahirah Shahirah ada berkongsi gelagat lucu ketika menemani salah seorang anaknya ke majlis festival sekolah. Ketika melalui gerai-gerai sekitar yang tersedia, Shiera sempat merakam aksi spontan anaknya yang membeli kad serta penutup muka yang memaparkan wajah bintang k-pop untuk dibuat koleksi. Bagaimanapun apa yang lucunya, Shiera turut menyatakan bapa mereka juga kacak dan dulu dia akui turut tampal foto si bapa.

“Bapak kau dulu pun handsome tau, mak pun tampal, tak payah beli percuma je. Dia nak beli BTS juga.

“Nak buat apa beli banyak-banyak? Gambar tu nanti aku pijak karang. Sudahnya dia buang tepi-tepi, atas lantai juga penyudahnya,” kata Shiera di dalam vdeo tersebut.

Sementara di ruangkan kapsyen pula, kakak kepada Sharifah Sakinah ini turut mengakui pernah tampal poster suami yang diambil menerusi surat khabar saja.

“Bila gi festival sekolah…ni anak aku cari… Ehhhhh bapak ko dulu mak ko tampal poster bapak ko …tak beli…keratlaaa kat surat kabar. Ohh lupaaa org dah tak beli surat kabar,” tulisnya.

Lalu menerusi ruangan komen, rata-rata peminat memberikan reaksi dan terhibur dengan gelagat dua beranak ini di hari minggu.

ummililiyanimokhris, Hahaha. Betul.. Kt urtv.. Kat paper.. Kalau nak special kt poster beli kaset.. Alahai nampak nau dah senja

emma_najemudin86, Klo ank saya saya xbleh bg dia beli bnda2 merepek2 bazir duit

salmahasnan67, Sama la anak kita..adoiii..siap cuci gmbar ni..beli tshirt la apa la..hmmm..

one_great_food Hahaha.. Comel je muka die mama sie bising die buat x tau jer.. Mesti die dh biasa dengar mama die belagu kan

Sementara itu, perniagaan menjadi satu cabang berbeza buat artis yang mahukan pendapatan sampingan luar daripada bidang seni.

Namun bagi pelakon dan juga penyampai radio Suria FM, Sharifah Shahirah atau Shiera, dia mengakui perniagaan bukan menjadi minatnya untuk diterokai.

“Sebelum ini saya hanya melihat rakan-rakan artis berniaga di reruai jualan. Kebetulan masa yang Mood Republik tu, saya ada la tolong saudara berniaga dan menjadi pengacara di sana.

“Masa itulah baru saya dapat rasa penatnya berniaga. Lagi-lagi musim orang nak raya. Saya tabik pada mereka yang berniaga.

“Jadi berniaga ni mungkin bukan bidang saya kerana saya tak minat. Saya bukan perempuan Kelantan yang boleh berniaga dengan penuh minat,” ujar Shiera

Akui Shiera lagi, dia hanyalah seorang perempuan yang suka duduk di rumah dan menguruskan soal anak-anak serta suami.

“Itulah manusia kan. Tengok orang lain berniaga, kita pun nak meniaga. Tapi itu bukan diri saya.

“Saya lebih suka kepada menghiburkan orang kerana saya seronok tengok orang ketawa.

“Tak kisahlah sama ada melalui persembahan saya ketika mengacara, berlakon atau pun celoteh saya di radio.

“Namun apa yang boleh saya katakan, saya respek dengan perempuan-perempuan yang kental berniaga,” katanya.

Sumber: Ig Sharifah Shahirah via MH via menujuebenaran

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

 

Be the first to comment

Leave a Reply