Akur Tiada Jodoh dengan Shahir, Erra Fazira Bakal Tunai Haji

Pelakon dan pengacara program Mingguan Wanita, Erra Fazira mengumumkan hubungannya dengan penyanyi yang juga juara Akademi Fantasia musim kelapan, Shahir Zawawi sudah berakhir, lapor Astro AWANI.

Pasangan berkenaan menamatkan hubungan kasih sejak Januari lalu, umum Erra seperti diberitakan oleh portal MHE pada Jumaat.

Menurutnya, sekalipun dia dan Shahir sudah membawa haluan masing-masing namun kedua-duanya masih berhubungan sebagai rakan biasa.

“Kami sudah move on dengan kehidupan sendiri. Saya tidak kecewa kerana saya tahu aturan Allah itu baik. Kami masih berkawan tapi tiada lagi hubungan istimewa.

“Dahulu memang ada perancangan untuk bahagia bersama, namun Allah tidak tunjukkan jalan dan tidak permudahkan,” katanya

Sebelum ini, Erra sering mengelak daripada bercakap mengenai Shahir, namun mengakui dia dan penyanyi itu berkawan baik sejak empat tahun lalu.

Erra bagaimanapun tidak berkongsi apakah punca yang menyebabkan mereka berpisah.

“Sebagai seorang wanita apabila diberi harapan, sudah tentu ada rasa bunga-bunga tapi lama-lama kematangan mengatasi segalanya. Sampai bila?

“Saya tidak sedih, tidak boleh salahkan sesiapa kerana jodoh telah tiada,” luah Erra lagi.

Selain itu, Erra juga turut mengesahkan yang dia dijemput oleh Allah untuk menunaikan fardu haji.

Namun begitu, Erra tidak pula memaklumkan bila dia akan berlepas ke Tanah Suci untuk menunaikan Rukun Islam kelima itu.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: Astro AWANI / MHE / gempak

Be the first to comment

Leave a Reply