
Mungkin ramai yang sedia maklum, filem blokbuster ‘Avengers: Endgame’ berjaya mendapat kutipan antara yang tertinggi dalam sejarah perfileman.
Walaupun tidak dapat menandingi kutipan filem ‘Avatar’, namun kutipan Endgame masih dianggap tinggi berbanding filem yang lain.
Namun, persoalan yang mungkin bermain di fikiran peminat kini adakah pendapatan pelakon filem aksi ini setandingan dengan pelakon ‘A-list’ yang lain?
Menurut laporan The Forbes, terdapat enam pelakon Avengers berada di dalam senarai pelakon pendapatan tertinggi di dunia.
Difahamkan, Chris Hemsworth mendahului kumpulan ‘superhero’ tersebut pada tangga ke-24 pendapatan tertinggi iaitu sebanyak USD76,400,000 (RM314,126,240).
- Chris Hemsworth
2. Robert Downey Jr
Senarai kemudian diikuti oleh Robert Downey Jr dengan pendapatan USD66,000,000 (RM271,365,600).
3. Bradley Cooper
Pelantun suara bagi watak Rocket Raccoon, Bradley Cooper pula berjaya mengumpul pendapatan USD57,000,000 (RM234,361,200).
4. Scarlett Johansson
Scarlett Johansson atau Black Widow turut tersenarai dengan jumlah USD56,000,000 (RM230,249,600).
5. Chris Evans
Selain itu, Chris Evans pula memperoleh USD43,500,000 (RM178,854,600) diikuti pelakon Ant Man, Paul Rudd sebanyak USD41,000,000 (RM168,612,500).
6. Paul Rudd
Perlu diingatkan, jumlah pendapatan ini bukanlah bayaran yang diterima daripada filem Avengers: Endgame secara keseluruhannya.
Jumlah ini merangkumi aktiviti seni mereka yang lain sepanjang tahun lalu.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang
Sumber: gempak
Leave a Reply