‘Ingatkan dah tak dapat berlakon lagi’ – Akhirnya Mia Sara DEDAH Cerita Sebenar Setelah Lama Menyepi Undang Sebak Netizen

KUALA LUMPUR: Pelakon Mia Sara Nasuha, 14, mengakui pernah tertekan apabila perjalanan kerjaya seninya semakin merudum selepas lama tidak menerima tawaran berlakon.

Mia berkata, dia tertekan bukan disebabkan kehilangan punca pendapatan, sebaliknya terkilan kerana tidak dapat memenuhi minatnya dalam bidang seni.

“Disebabkan tiada tawaran, saya pernah terfikir mungkin tidak akan mendapat peluang berlakon lagi. Perkara itu membuatkan saya tertekan.

“Lakonan sudah menjadi sebahagian daripada diri dan saya rasa sangat kosong apabila tidak ke lokasi penggambaran. Susah untuk saya jelaskan perasaan itu,” katanya.

Mia yang membabitkan diri dalam dunia lakonan sejak kecil berkata, dia juga pernah terfikir kemungkinan dirinya tidak lagi dikenali dan diingati peminat.

Namun, melihat pertambahan jumlah pengikut di laman sosial, Instagram yang meningkat dan kini mencecah 1.8 juta, perasaan itu mula hilang.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Salam semua. Jom kita gi ngaji ? . . . #miayoutube #miasara #miasaranasuha

A post shared by Mia Sara Nasuha (@therealmiasara) on

“Saya perlu menjaga hubungan dengan peminat. Disebabkan tiada tawaran berlakon, saya hiburkan mereka dengan memuat naik pelbagai video aktiviti harian.

“Dari situ, peminat dapat mengenali saya dengan lebih dekat, selain berpeluang melihat sisi berbeza saya. Ingatkan mereka sudah lupa, tetapi ramai pula yang memberikan maklum balas positif,” katanya.

Mia Sara yang pernah membintangi filem Sekali Lagi dan Papa, I Love You bagaimanapun, bersyukur apabila kebelakangan ini, dia mula menerima tawaran berlakon.

“Alhamdulillah, tawaran sudah mula datang. Mungkin tidak banyak seperti dulu, sekurang-kurangnya dapat juga mengubat kerinduan untuk berlakon.

“Terbaru, saya membabitkan diri dengan drama Salam Squad untuk siaran sempena Ramadan dan raya nanti. Saya harap ia menjadi permulaan untuk saya kembali aktif seperti dahulu,” katanya.

wajah terkini :

Mia Sara Nasuha binti Muhammad Ridhuan (lahir 30 September 2005) ialah seorang pelakon kanak-kanak Malaysia.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Salam semua. Mia nak tanya ni. Siapa kadet polis kat sekolah dia angkat tangan ??‍✈️ . . . #miayoutube #miasara #miasaranasuha

A post shared by Mia Sara Nasuha (@therealmiasara) on

 

 

 

Artikel Berkaitan

Mia Sara Sambut Hari Jadi Ke-13, Dah Remaja Pun Dia!

Pelakon cilik, Mia Sara Nasuha telah menyambut hari jadinya yang ke-13 semalam.

Majlis bertemakan ‘fairy tale’ itu berlangsung di ruang acara terkemuka di Kuala Lumpur.

Mia telah mengenakan sepasang gaun berwarna biru turqoise yang menyerlahkan personaliti ‘sweet’ dirinya.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber Foto : IG Therealmiasara via Sweetnutella

Be the first to comment

Leave a Reply