“Mula-mula Suka-suka, Akhirnya Jadi Serius”

PETALING JAYA: Niat untuk Fara Fauzana dan Faizal Ismail melepaskan rindu sebagai penyampai radio yang dikendalikan di Facebook iaitu Fbi Live mula mendapat perhatian syarikat korporat.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

B U A T A P A T E W W W . Kaftan by @arianirtw Tudung by @galeriariani . Jgn lupa check out @gohalalofficial ?

A post shared by FARA FAUZANA (@therealfafau) on

Fara Fauzana, 38, berkata, aktiviti berkenaan bermula secara serius pada Februari lalu itu sudah mendatangkan pendapatan buat mereka.

“Alhamdulillah, pada mulanya projek ini hanya suka-suka sahaja tapi tidak sangka  pula menjadi sesuatu yang serius dan dibayar.

“Baru-baru ini kami dapat kepercayaan untuk projek Yakult di Jepun dan akan datang kami akan bersiaran di taman tema animasi MAPS di Perak,” ujarnya kepada mStar Online.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

H E L O P U L I S . Tlg tangkap si gile ni . Saya rasa dia tak puasa ?? . ? @kakifoto_

A post shared by FARA FAUZANA (@therealfafau) on

Pemilik nama sebenar Fara Fauzana Mohd Fadzli ditemui pada majlis pelancaran Projek Squad Celebrity Global Volunteers yang diadakan di Hotel Royale Chulan, di sini, Selasa.

Fara dan Faizal bersama artis undangan Spider.

Fara berkata radio yang berkonsep santai itu pada mulannya dilakukan hanya di rumah Faizal, namun kini sudah berpindah di sebuah konti di Taman Tun Dr Ismail.

Bekas penyampai radio Hot Fm itu bersiaran pada setiap Isnin dan Rabu pukul 9 malam.

Selain itu, selebriti dipanggil untuk menjadi tetamu undangan dalam membincangan sesuatu topik terkini secara santai.

“Beberapa artis sudah jadi tetamu, kita minta mereka datang dengan pakaian baju kelawar bagi perempuan dan kain pelekat bagi lelaki.

“Dalam masa terdekat kita akan bawa Neelofa,” ujarnya.

Fara dan Faizal mengendalikan radio Fbi Live.

Tambah Fara, radio berkenaan merupakan platform baharu yang lebih neutral dalam menyampaikan maklumat kepada masyarakat.

Katanya, mereka juga merancang untuk mengundang tetamu dalam kalangan ahli politik bagi membincangkan topik semasa.

“Kita sokong dan membantu promosi untuk semua program hiburan seperti Anugerah Juara Lagu dan Anugerah MeleTOP Era (AME). Tidak memihak mana-mana stesen televisyen atau radio,” ujarnya.

Sementara itu, Fara dan Faizal bakal menyertai program misi kemanusiaan yang dianjurkan Islamic Relief Malaysia (IRM) yang bakal ke Malawi penghujung bulan ini.

Dia bersama 11 selebriti lain akan membantu meraih dana kemanusiaan sebanyak RM2.4 juta menerusi program tersebut. 

VIDEO :

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

S I A P A L A G I A B G ? . Wait for it! ?‍♀️?‍♀️ Siti Aafiyahhhhh tgk mama awak ni hahahaha . Tu laa bila FF cakap yg @ctdk lgi abang dari FF korang tak percaya ?? . Masa ni hari Nak borak dgn Siti Aafiyah tp kena la lalu ibunya dulu heheh masa ni tak silap Aafiyah tgh isi ‘minyak’ ?? bukan FF ckp tau tp mak dia yg cakap hahah. Nak versi penuh check out kat Facebook Faizal Ismail FBI atau di Youtube FBILIVE ? . Nota: rumah baru FBILIVE cantik? TQ @nfurniture_store utk perabot & wallpaper @putrasyntheticgrass utk laman kami . Notalagi: siapa lagi yg cantik tp suara mcm abang2 hahaha geng! . #farafauzana #fbilive #kontirumah #ewahewah #bilafafaufbibergabung #bilafafauctdktingtong

A post shared by FARA FAUZANA (@therealfafau) on

Sumber : mStar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply