Apa rahsia untuk memiliki wajah yang helok, Hero Remaja? Pandai menjaga kulit, jaga pemakanan, minum air banyak-banyak dan sayangi ibu korang ketat-ketat!
Antara punca mereka ini boleh berjaya dalam kehidupan masing-masing adalah kerana restu yang diterima oleh finalis Pencarian Hero Remaja daripada ibu. Jom tengok sama ada mereka seiras atau tidak.
Fattah Amin
Sepanjang proses resepsi majlis perkahwinan Fattah bersama pelakon, Nur Fazura berlangsung, pasti ramai yang sedar dengan keberadaan ibunya, Azizah Binti Abdul Ghani yang menjadi tulang belakan karier Fattah, selama ini.
Sama seperti pelakon tersebut, ibunya juga manis sentiasa tersenyum!
“Bagi saya, ibu tersangat istimewa di hati saya. Segala hadiah dan penghargaan yang pernah saya berikan kepada ibu tidak akan mampu membalas pengorbanan ibu selama ini. Beliau tidak pernah rasa terbeban atau rasa susah untuk membesarkan kami lima adik-beradik.
Kata aunty Azizah pula, “Walaupun Fattah sudah terkenal, sikap dia tetap sama seperti yang saya dan ayahnya terapkan – selalu rendah diri dan tidak lupakan agama. Bab agama tu memang ayahnya tekankan, manakala saya lebih kepada bab akademik,” kata beliau kepada Majalah Keluarga yang memilih Fattah dan ibunya sebagai penghias cover, bulan ini.
Syafiq Kyle
Jika Fattah berjaya mendapat restu ibu untuk berkahwin, ibu kepada Syafiq Kyle iaitu Rohayu pula memberikan sepenuh kebebasan untuk Syafiq tentukan calon isterinya nanti. Haih, ramai sangat ke calon? Hehe.
“Aunty tak pernah letakkan sasaran bila. Kalau dia dah bersedia, teruskan saja dan saya tak memilih siapa yang akan menjadi bakal menantu saya nanti. Kalau kita memilih atau paksa nanti, (timbul) masalah pula kerana dia yang nak berkahwin, bukan kita kan,” kata aunty Rohaya.
Ibu Syafiq juga berkata anak keduanya itu memang manja dan sukar untuk marah orang lain. “Walaupun kadangkala kurang bercakap, dia suka usik dan sakat adik bongsunya! Kalau dia ada masalah, dia lebih suka menyendiri je. “Bila kita tanya, barulah dia akan cerita apa yang telah berlaku,” kata aunty lagi.
Syafiq pula menyifatkan ibunya sebagai insan terbaik yang selalu ada bersamanya, selalu menegur dan membimbing.
Nabil Aqil
Dari luaran, memang pelakon baru drama Mr Grey dan ibunya kelihatan seperti adik-beradik!
Wajah ibu Nabil Aqil iaitu Yasmi Abdul Hamid ini menurutnya adalah hasil semangatnya seperti orang muda. “I just don’t act like my age,” katanya kepada kami. Mempunyai darah kacukan Pakistan-Jawa, beliau berkata menjaga kesihatan itu penting, selain perlu senyum selalu dan sentiasa positif. Barulah muka nampak glowing.
Kali pertama bertemu dengan Yasmi di pentas akhir Hero Remaja 2017 Oktober lalu, penulis ada bertanya kepada beliau tentang minatnya untuk menari. Adakah sama je perangai anak-beranak ini memandangkan Nabil suka benar menari secara random.
“Saya suka keluarkan peluh bila menari. Bukan untuk seronok je tetapi juga sebagai cara untuk kekal fit. Nabil dan adiknya jugalah yang selalu jadi mangsa dance partner saya.”
Harris Annuar
Yass, Harris Annuar merupakan anak teruna kepada Puan Zaiton Hassan atau lebih mesra dengan panggilan Kak Ton.
Hubungan dua beranak ini memang tidak pernah buatkan penulis kering gusi. Sekiranya Harris memuat naik sesuatu yang menarik di Instagram-nya, pasti Kak Ton muncul di situ untuk memberikan komen di ruangan bawah.
Pengasas Pravenus Beauty Sdn Bhd ini sama seperti Harris yang dilihat tidak boleh duduk diam, ada saja perkara atau aktiviti yang ingin dilakukannya.
“Ibu seperti yang ramai lihat mempunyai sense of humor, tetapi beliau juga tegas dengan saya. Saya kagum dengan semangat ibu yang tabah dan cekal dalam hidup.
“Kak Ton yang korang kenali di TV sama jugalah seperti Kak Ton di luar, Ibu tak pandai bermuka-muka dan sentiasa transparent je dengan orang di sekeliling. Ibu hanya akan berhenti bercapa selepas dia telah sampaikan segala info yang dia ingin beritahu. Hehe,” kongsi pemenang tempat ketiga Pencarian Hero Remaja 2017.
Alif Muhaimin
Dari mana datangnya mata sepet Hero Remaja 2017 ini? Tentulah dari mummy-nya!
Aunty Faridah Sheikh membesarkan Alif bersama empat lagi adik-beradik lain dengan berkorban sewaktu mereka kecil dan disebabkan itulah, dia mengagumi pengorbanan serta ketabahan beliau.
“Saya tak merasa malu dengan zaman kesusahan kami kerana dari situlah, kami belajar untuk menghargai. Dulu, saya turut ke depan untuk membantu menyenangkan ibu dengan mencari duit bagi menanggung adik-beradik di bawah saya yang masih bersekolah.
“Sekarang bila saya sudah dapat mencari rentak sedikit dalam dunia lakonan ini, insyaAllah saya akan teruskan untuk membantu mummy dan yang lain-lain,” kongsi pelakon drama Tak Ada Cinta Sepertimu ini.
Ikmal Amry
Setiap kali pelakon, Ikmal Amry memuat naik gambar atau Insta Story-nya bersama ibu, pasti ada saja yang akan komen, “Kirim salam dekat mak mertua I, okay.”
Amboi, jenuhlah aunty nak kena filter calon menantu nanti!
Sepanjang pengenalan kami bersama Ikmal, dia selalu berterima kasih kepada ibunya atas apa yang berlaku kepada dirinya, selama ini. Sehinggakan sebelum berlangsungnya acara finale Pencarian Hero Remaja, Ikmal pulang dahulu ke Melaka untuk berjumpa dan meminta restu daripada ibunya.
Korang selalukan tanya macam mana nak dapat kulit cantik seperti Ikmal Amry, haainilah rahsia. Minum air kosong banyak-banyak dan sayangi ibu korang yang cantik. Selagi berpeluang, manja-manjalah dengan ibu.
Sumber: Remaja via expressviral
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang
Leave a Reply