“Tahniah Boss”! Luis Figo Legenda Real Madrid Ucap Tahniah Kepada TMJ Sambut Cahaya Mata Ketiga

ISTERI kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim iaitu Che Puan Khaleeda Bustamam selamat melahirkan cahaya mata ketiga.

Menerusi perkongsian di halaman Facebook milik TMJ pada awal pagi Rabu, beliau berkata, isterinya selamat melahirkan seorang putera.

“Alhamdulillah. YM Che Puan Khaleeda telah selamat melahirkan seorang Putera Raja. Allah peliharakan sultan,” menurut kenyataan itu.

Tiga keping gambar dimuat naik di laman sosial itu, menunjukkan TMJ bersama isteri dan anak ketiga mereka di sebuah wad hospital.

Che Puan Khaleeda senyum bersama putera keduanya.

Ia merupakan putera kedua buat pasangan itu selepas Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim yang berusia dua tahun.

Terdahulu, Che Puan Khaleeda memuat naik gambarnya bersama TMJ dan dua anak mereka di laman sosial, dengan keterangan yang memberitahu seorang ahli keluarga baharu akan tiba tidak lama lagi.

“Sebelum kami menjadi sebuah keluarga lima orang,” menurut posting di Instagram miliknya pada Ahad lalu.

TMJ dan Che Puan Khaleeda turut mempunyai seorang puteri, Tunku Khalsom Aminah Sofiah, 3, yang merupakan cahaya mata sulung.

Pasangan itu melangsungkan perkahwinan pada 2014.

KOMEN LUIS FIGO

Congratulations to you and your wife boss!! ?

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Good vibes ✌️

A post shared by Luís Figo (@luis__figo) on

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Felicidades hermano @raulgonzalez que tengas un día feliz!! Happy birthday ???

A post shared by Luís Figo (@luis__figo) on

Sumber: Mstar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

 

Be the first to comment

Leave a Reply