” Antara Sebab Kenapa Ibu Bapa Perlu Educated” – Baru Umur 3 Tahun, Kebijaksaaan Yusuf Iskandar Tarik Perhatian Ramai

Dalam banyak-banyak anak selebriti, min jatuh hati dengan anak pasangan Hairul Azreen dan Hanis Zalikha yang nampak bijak, sopan santun dan comel orangnya.

Hati min ni lagi bertambah cair bila tengok video terbaru yang dikongsikan netizen di Twitter mengenai si Yusuf Iskandar ni. 

“Yusuf ni umur berapa? Kenapa dia lagi bijak dari aku?” 

 

Menerusi video tersebut, Yusuf Iskandar dilihat sedang menyebut satu persatu nama planet daripada 8 kesemuanya dengan bijak sekali. Di sampingnya, korang boleh dengar suara Hanis Zalikha memperbetulkan Yusuf kalau budak kecil tu ada membuat silap.

Alahai… malu pulak min sebab nama planet pun tak ingat sangat. Yusuf lagi bijak dari kita semua ni! 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Laut

A post shared by Yusuf Iskandar Hairul Azreen (@theyusufiskandar) on

“Thats why kena bagi hantaran tinggi dekat perempuan yang educated” 

Video tersebut sekaligus mendapat perhatian netizen yang betul-betul teruja melihat cara bagaimana Hanis Zalikha mendidik anaknya. Sangat lembut dan berhemah. Yang lagi best, sebagai ibu pastinya Hanis kena jadi educated dalam semua perkara supaya dia dapat mendidik anaknya dengan baik. 

Sebab tu lah pentingnya seorang lelaki menikahi wanita yang bijaksana. Ibu itu kan bagaikan madrasah pertama seorang anak!

Sumber: Twitter

 

“Jangan malu kalau ada degree tapi suri rumah” 

Bagi wanita kat luar sana, janganlah rasa merendah diri kalau ada ijazah tapi tak bekerja dan hanya duduk di rumah jaga anak. Jadikan Hanis Zalikha dan mana-mana housewife yang berjaya kat luar sana tu sebagai inspirasi!

Sumber: Twitter

Tahniah buat ibu bapa Yusuf yang berjaya mendidik anak menjadi seorang bijaksana dan sopan santun orangnya. 

Sumber : Lobak Merah

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply