Waktu bekerja fleksi agensi kerajaan persekutuan bermula 1 Ogos

PUTRAJAYA: Pelaksanaan Waktu Bekerja Fleksi (WBF) di agensi kerajaan persekutuan seluruh negara akan berkuatkuasa pada 1 Ogos depan menggantikan Waktu Bekerja Berperingkat (WBB).

Menurut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2019 yang dimuat naik di laman sesawang Jabatan Pekhidmatan Awam (JPA) pada Rabu, WBF memberi fleksibiliti kepada pegawai untuk hadir bekerja dalam tempoh waktu masuk dan waktu pulang yang ditetapkan, dengan syarat memenuhi tempoh waktu bekerja sehari.

Gambar sekadar hiasan

Menurut pekeliling itu, tempoh waktu masuk kerja akan bermula dari pukul 7.30 pagi hingga 9 pagi bagi semua negeri.

Tempoh waktu pulang kerja pula adalah antara 4.30 petang hingga 6 petang, kecuali pada hari Khamis di negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor iaitu antara 3 petang hingga 4.30 petang.

“Contohnya pegawai yang memulakan tugas pada pukul 8.07 pagi boleh menamatkan tugas pada pukul 5.07 petang,” menurut pekeliling itu.

Bagaimanapun, bagi perkhidmatan tertentu seperti perkhidmatan kaunter, ketua jabatan boleh mengarahkan pegawai untuk memulakan tugas pada sesuatu masa yang dikehendaki dalam tempoh masa tersebut.

Gambar sekadar hiasan

Selaras dengan pelaksanaan WBF, pekeliling itu menyatakan kerajaan juga memberi fleksibiliti kepada pegawai dengan mengurangkan waktu rehat selama 30 minit dalam bulan Ramadan bagi membenarkan pegawai meninggalkan pejabat 30 minit lebih awal.

Menurutnya, pegawai boleh memilih untuk mengurangkan waktu rehat sebanyak 30 minit berdasarkan WBF bulan Ramadan, tertakluk kepada kelulusan ketua jabatan.

“WBF diperuntukkan kepada pegawai perkhidmatan awam Persekutuan yang sebelum ini mengguna pakai WBB,” kata pekeliling itu.

— BERNAMA

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber : Astroawani

Be the first to comment

Leave a Reply