“Petanda Apakah Ini?” – Mula2 k1iller whale Kemudian Harimau Datang ‘Melawat’. Dua Kejadian Aneh Di Terengganu Timbulkan Tanda Tanya.

Kalau korang masih ingat, sebelum berlakunya tsunami pada tahun 2004 dulu, penduduk di sekitar pantai terkejut apabila melihat banyak ikan melompat ke darat.

Baru-baru ni, fenomena luar biasa berlaku di Terengganu dua hari berturut-turut. Menurut Bernama, pada hari Selasa lepas, 16 Julai, sepasang Paus Orca atau dikenali sebagai k1iller whale muncul buat pertama kalinya di perairan Terengganu.

Kemunculan paus pembvnuh ini dirakam oleh beberapa kakitangan Petronas yang menyedari tentang kehadiran dua haiwan ini berhampiran pelantar mereka.

Kalau korang nak tahu, Paus Orca merupakan haiwan pem4ngsa yang digeruni dan menduduki tangga teratas dalam rantaian pemakanan di ekosistem lautan dengan memakan sotong, penyu, burung laut, jerung, anjing laut dan ikan lumba-lumba. Peh dahsyat!

Bukan tu je, paus pembvnuh ni juga menyer4ng manusia di luar negara. Walaubagaimana pun, haiwan terancam ini perlu dilindungi dan kalau ternampak, mereka perlu menghubungi mana-mana Pejabat Perikanan Daerah atau Negeri dengan segera.

Lepas paus, harimau pulak…

Selepas, peristiwa bersejarah Paus Orca ini, semalam penduduk di Dungun, Terengganu pula digemparkan dengan peristiwa dua harimau masuk kampung. Dalam video-video yang sedang tul4r ini menunjukkan dua harimau belang ini ‘sesat’ dan berjalan-jalan di atas jalan raya di Bukit Besi.

Malah, menurut Kosmo, salah seorang penduduk yang sedang membaiki rumahnya telah dijilat harimau yang disangka kucing ini sebelum berlari membawa anaknya masuk ke rumah untuk berlindung.

Ekoran dari kemunculan haiwan yang luar biasa ini, ramai penduduk di sana telah keluar untuk tengok sendiri harimau ini secara live hingga sanggup membah4yakan diri dan pergi dekat dengan haiwan liar tersebut untuk merakam peristiwa ‘pelik’ tersebut.

Dua ekor harimau ini telah pun kembali ke habitatnya pada petang semalam lebih kurang pukul 5.30 petang. Pelik kan? Tapi mungkin dorang ‘sesat’ masuk tempat baru sebab tempat lama dorang ter4ncam kot. Kesiannya.

Harap-harap dorang selamat di habitat asal dan tak adalah manusia-manusia lain yang sibuk nak membvru dua spesies terancam ni.

Ha ni admin ada sikit info untuk anda. setelah2 mencari-cari artikel berkaitan harimau malaya ni. tak sangka pula terjumpa info ini. Jom baca ringkasan. Kalau semua nak tahu…

HARGA seekor harimau Malaya yang boleh mencecah hampir RM1 juta, selain setiap bahagian tubuhnya mempunyai ‘khasiat’ dan kegunaan tersendiri menyebabkan haiwan itu semakin diancam kepupusan.

Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar berkata, spesies itu mendapat permintaan tinggi dalam pasaran antarabangsa untuk digunakan dalam bidang perubatan tradisional.

Beliau berkata, hampir keseluruhan bahagian harimau mempunyai kegunaan dan ‘khasiat’ tersendiri, sekali gus menjadikan spesies itu mendapat permintaan tinggi di pasaran gelap.

“Harga haiwan terancam ini boleh mencecah antara ASD150,000 (RM620,000) hingga USD200 (RM827,000). Sebab itu pembvru h4ram sanggup mengambil r1siko membvrunya walaupun sedar tindakan yang bakal dihadapi jika tertangkap.

“Ketika ini, di kawasan hutan kita hanya ada kira-kira 350 ekor harimau Malaya berbanding lebih 3,000 ekor sebelum ini di seluruh Malaysia dan jika tiada langkah pemuliharaan, spesis ini akan pupus dalam tempoh 20 tahun akan datang,” katanya selepas merasmikan International Union for Conservation of Nature (IUCN) Symposium and Red List Assessment 2018 di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di Kuala Nerus, hari ini.

Turut hadir Naib Canselor UMT, Prof Datuk Dr Nor Aieni Mokhtar dan Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), Datuk Abdul Kadir Abu Hashim.

Dr Xavier berkata, pihaknya mengambil beberapa inisiatif untuk mengatasi kepupusan itu dalam usaha memastikan negara mempunyai sekurang-kurangnya 500 ekor spesis ini dalam tempoh lima tahun lagi.

Katanya, kementerian melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) akan menjalinkan kerjasama dengan Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta sukarelawan terutama penuntut universiti dalam mengatasi isu berkenaan.

“Dalam menangani isu ini, kita kena halang pembru hram ini masuk ke dalam hutan yang mana antara perangkap digunakan ialah jerat dawai.

“Saya dimaklumkan terdapat antara 1,000 hingga 2,000 jerat dawai digunakan di seluruh hutan di Malaysia dan kita tidak mempunyai anggota penguatkuasa yang cukup untuk membuat rondaan.

“Ketika ini, hanya terdapat 30 penguatkuasa PERHILITAN dan 20 lagi terdiri daripada sukarelawan daripada Dana Hidupan Liar Sedunia (WWF) yang turut sama melakukan rondaan,” katanya.

Beliau berkata, sekurang-kurangnya 50 orang lagi diperlukan untuk bersama-sama melakukan pemantauan dengan kekerapan 12 kali setahun untuk membuang jerat yang ada di dalam hutan.

“Jerat dawai ini bukan hanya mengancam spesies harimau, tetapi juga haiwan lain seperti rusa dan jika kita dapat membuang semua jerat ini, kita boleh meningkatkan populasi harimau.

“Selain itu, kita akan memperketatkan Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 sedia ada supaya pemburu h4ram ini takut untuk mencer0boh hutan simpan negara,” katanya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: hmetro / y15zr.0rg

Be the first to comment

Leave a Reply