10 Pekerjaan Luar Biasa Yang Ramai Tidak Tahu Kewujudannya, Bukan Semua Orang Boleh Lakukan

Mencari calon yang tepat untuk sesuatu peranan itu boleh menjadi proses yang panjang apabila kemahiran dan pengalaman ramai orang perlu diteliti dan dibandingkan. Bagaimanapun, sesetengah pekerjaan memerlukan lebih banyak kemahiran khusus daripada yang lain, seperti tukang rasa teh profesional yang memerlukan kebolehan individu untuk mengenal pasti semua bahan-bahan berbeza yang terdapat dalam campuran teh.

Berikut adalah beberapa pekerjaan luar biasa yang terdapat di England Adakah anda rasa anda ada kemahiran yang diperlukan untuk menjadi tukang panaskan katil, tukang berbaris profesional, atau penyuling minuman?

Jurupanas katil

Jurupanas katil bertanggungjawab untuk memastikan katil berasa hangat dan selesa untuk tetamu yang bakal hadir. Sesetengah hotel mengambil jurupanas katil yang memakai sut tidur istimewa yang bersih untuk baring di atas katil sebelum digunakan tetamu.

Penyelam bola golf

Seseorang perlu mendapatkan bola golf yang jatuh kedalam air, jadi tidak hairanlah pekerjaan ini diwujudkan. Seorang penyelam biasanya dapat mengumpulkan sebanyak 4000 biji bola gold dalam satu hari.

Tukang berbaris

Banyak tempat yang memerlukan orang untuk berbaris menunggu giliran, tetapi aktiviti itu boleh membazirkan masa seseorang. Jadi beberapa agensi menyediakan perkhidmatan dimana orang yang tidak mahu berbaris boleh membayar orang lain untuk berbaris bagi pihak mereka.

Penguji gelongsor air

Walaupun tidak memerlukan latihan yang banyak, pekerjaan ini memerlukan kemahiran berenang dan keberanian yang tinggi. Penguji gelongsor air perlu menyatakan kadar percikan air dan faktor adrenalin punca gelongsor air yang diuji.

‘Cool hunter’

Menjejaki dan membuat ramalan trend yang cool atau gempak merupakan tugas yang sangat berat dan penting kerana trend digunakan dalam perniagaan untuk menarik minat dan memahami keperluan pengguna.

‘The Ravenmaster’

Nama seperti watak dalam filem superhero, tetapi tugas sebenar the ravenmaster adalah untuk menjaga 6 ekor burung raven di menara London dan untuk memastikan burung-burung itu mendapat bekalan makanan yang mencukupi. Menurut lagenda, jika burung-burung itu meninggalkan kawasan itu, menara putih itu akan runtuh dan kerajaan England akan tumbang.

Penanda angsa permaisuri

Setiap tahun penanda angsa bertanggungjawab untuk memeriksa angsa yang tidak bertanda yang dimiliki oleh Permaisuri England di sungai Thames.

Pemeriksa kerepek

Kualiti adalah lebih penting dari kuantiti apabila bercakap mengenai kerepek, jadi tugas pemeriksa kerepek adalah untuk memastikan setiap kerepek yang dihasilkan dimasak dengan baik dengan kerangupan dan bentuk yang sempurna.

Tukang rasa teh

Individu yang memegang jawatan itu boleh meminum sehingga 300 cawan teh sehari dan kerap perlu ke luar negara untuk merasa jenis-jenis teh yang lain. Melatih lidah seseorang supaya sensitif kepada kehalusan campuran teh mengambil masa sekurang-kurangnya 5 tahun.

Tukang rasa makanan haiwan peliharaan

Untuk memastikan makanan haiwan menepati garis panduan sesebuah jenama itu, seseorang perlu merasanya terlebih dahulu. Tukang rasa akan memeriksa aroma dan memastikan rasa bahan-bahan di dalam makan itu adalah seimbang.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: Independent UK / HCL

Be the first to comment

Leave a Reply