Disahkan Sendiri Oleh Peguam, Teka-Teki Status Perkahwinan Sultan Kelantan Terjawab

Teka-teki mengenai status perkahwinan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V dengan wanita warga Rusia, Rihana Oksana Gorbatenko akhirnya terjawab, hari ini.

Menerusi kenyataan terkini, peguam Sultan Kelantan Sultan Muhammad V, Koh Tien Hua mengesahkan pasangan itu sah bercer@i talak tiga pada 22 Jun lalu, lapor Astro Awani.

Menurut Tien Hua, firma guaman Eversheds Harry Elias LLP yang berpangkalan di Singapura itu sudah menghantar surat cer@i talak tiga terbabit kepada pihak peguam Oksana.

“Dimaklumkan bahawa baginda telah bercer@i talak tiga dengan Rihana Oxana Gorbatenko pada 22 Jun 2019 mengikut undang-undang Syariah dan Mahk@mah Syariah Kelantan telah mengeluarkan Surat Perakuan Percer@ian pada 1 Julai 2019 mengikut Enakmen Undang-undang Keluarga Islam 2002,” katanya, hari ini.

Terdahulu, khabar angin mengenai perkahwinan Yang di-Pertuan Agong ke-15 itu kec0h di laman sosial selepas timbul d@kwaan pasangan yang berkahwin kira-kira setahun lalu itu telah bercer@i talak tiga.

Sijil percer@ian itu dipercayai didaftarkan 1 Julai lalu selepas proses percer@ian Oksana, 26 tahun, bertarikh 22 Jun di Singapura.

Sijil percer@ian yang dilengkapi dengan nombor siri itu turut menyatakan percer@ian itu sudah mendapat kelulusan daripada Mahkamah Syariah.

Model jelita yang dinobatkan sebagai Ratu Moscow 2015 itu dipercayai melangsungkan perkahwinan pada November 2018, lapor portal berita berpusat di United Kingdom, Daily Mail.

Pada 22 Mei lalu, Sultan Muhammad V dan Oksana selamat dikurniakan putera sulung diberi nama Tengku Ismail Leon Petra Tengku Muhammad V Faris Petra.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: Astro Awani via Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply