“Hadiah Hari Lahir Paling Malang Dalam Hidup Saya” – Disangka Awek Buat ‘Prank’ Hari Jadi, Rupanya Minta Putus.

MENYAMBUT hari ulang tahun semestinya sesuatu yang dinanti-nantikan, baik meraikannya bersama keluarga dan rakan-rakan mahupun dengan insan tersayang.

Biasanya hadiah dan kejutan hari istimewa menjadi kenangan terindah, namun lain pula buat seorang pemuda yang berdepan sesuatu yang tidak disangka-sangka apabila hubungan cintanya berakhir pada hari lahirnya.

Menerusi perkongsian di laman sosial, beberapa tangkapan skrin perbualan aplikasi Whatsapp dimuat naik menunjukkan kekasih pemuda itu memutuskan untuk menamatkan hubungan mereka kerana mahu kembali kepada bekas teman lelakinya.

“I nak jujur, sebenarnya I tak ada perasaan kat you. Selama ni I paksa diri I… I anggap you kawan biasa je. Jangan cari I lagi.

Perbualan bersama bekas kekasih menjelang hari ulang tahun ke-20.

Birthday you pun I tak ingat walaupun you pernah beritahu I. Ex (bekas kekasih) nak kembali semula dengan I. I kenal dia dulu dari you. Anggap je perkenalan kita sampai sini je,” antara kata-kata gadis itu yang memutuskan hubungan.

Susulan itu, pemuda berusia 20 tahun ini memberi respons selepas kenyataan panjang lebar teman wanitanya yang berterus terang untuk mengakhiri perhubungan mereka.

“Alhamdulillah perancangan Allah itu adalah yang terbaik. Aku tak mampu nak cakap apa lagi, aku cuma bersyukur kerana berpisah dengan manusia yang tidak sayangkan kita pada hakikatnya. Mungkin ini hadiah birthday aku yang dia kata nak suprisekan tu,” kata pemuda itu menerusi posting yang menyayat hati.

Kata pemuda itu lagi, kejutan daripada bekas kekasihnya itu dibuat kurang dua jam menjelang hari ulang tahunnya pada 19 Julai lalu.

Luahan seorang pemuda di laman sosial mengenai kejutan hari jadi.

Hanya mahu dikenali sebagai Faizi Faiz, dia mula rapat dengan seorang gadis yang usianya setahun lebih muda daripadanya sejak Ogos tahun lalu.

“Dia single lebih kurang tiga bulan juga baru saya couple dengan dia. Kami mula berkenalan menerusi laman sosial Instagram.

“Awal bulan ni, dia ada beritahu nak buat kejutan untuk saya. Saya tanya kejutan apa. Dia kata rahsia sebab kejutan mana boleh beritahu nanti bukan kejutanlah. Mungkin itulah (minta putus hubungan) kejutan yang dia maksudkan,” katanya kepada mStar.

Mesej terakhir sebelum disekat di Whatsapp.

Mengakui sedih dengan kejutan hari jadi yang diterimanya daripada gadis yang dicintainya hampir setahun itu, dia yang bekerja sendiri pada mulanya menganggap kandungan perbualan tersebut sekadar prank (gurauan).

“Saya menangis seolah-olah tak percaya dia tinggalkan saya macam tu je. Saya tunggu juga sampai pukul 12 tengah malam, mana lah tahu dia nak prank saya je.

“Tapi dia hanya ucapkan selamat hari jadi kat saya je, dan kemudian dia terus block (sekat) saya di Whatsapp. Masa dia block tu memang saya rasa keputusannya muktamad,” ujarnya dengan nada sebak.

Dia hanya ucapkan selamat hari jadi kat saya je, dan kemudian dia terus block (sekat) saya di Whatsapp. Masa dia block tu memang saya rasa keputusannya muktamad

FAIZI FAIZ

Sejak ‘kejutan’ pada hari jadinya, pemuda dari Muar, Johor ini terus terputus hubungan dengan bekas kekasihnya, namun dia terharu dengan sokongan netizen termasuk keluarga dan rakan-rakan yang tidak putus-putus memberikan kata-kata semangat kepadanya.

Faizi Faiz belajar daripada pengalaman pahit untuk lebih berhati-hati dalam percintaan.

Faizi Faiz yang merupakan anak sulung daripada lima beradik itu menyifatkan kejutan putus cinta merupakan hadiah hari jadi paling malang dalam hidupnya.

“Ya, memang birthday present paling malang dalam hidup saya. Setiap kali hari jadi nanti mesti saya akan ingat kenangan pahit yang pernah berlaku dalam hidup saya.

“Tapi, saya belajar supaya tidak bercinta dengan orang yang tak boleh move on dengan ex. Dari awal lagi saya dah dapat tahu sikap dia, cuma dia tak mengaku.

“Saya berharap pengalaman ini akan mengajar saya menjadi lebih kuat dan lebih berhati-hati dalam percintaan. Saya pun masih muda lagi,” katanya.

Sumber: mStar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply