“LDR ni memang tak boleh percaya” – Lelaki Beriya Travel 2,400km Pakai Costume Beruang Nak Surprisekan Awek, Tapi Lain Pula Jadinya,

Dapat tahu pasangan cur4ng memang s4kit, lagi-lagi bila k4ntoi depan mata sendiri…

Dalam satu posting di Twitter yang sedang tular, seorang pengguna kongsikan beberapa gambar menunjukkan seorang lelaki memakai kostum maskot beruang sedang merenung ke arah satu pasangan.

Berdasarkan kapsyen pos ini, ia mengatakan lelaki yang memakai kostum beruang ini mempunyai hubungan percintaan jarak jauh (LDR) dengan wanita dalam gambar ini.

Dia dikatakan telah travel sejauh 2,400km semata-mata nak beri kejutan, tapi last-last lelaki malang ni yang terkejut.

Dia nampak teman wanitanya sedang selesa dalam dak4pan lelaki lain. Tanpa bercakap apa-apa, lelaki ni buka kepala kostumnya dan terus merenung pasangan yang asyik bermesra di hadapannya.

Tak berapa lama kemudian, wanita ini menolehkan kepala selepas mungkin perasan seseorang sedang merenungnya. Ketika itu, barulah wanita ini sedar yang ‘orang’ tersebut adalah teman lelakinya.

Gambar seterusnya menunjukkan lelaki ini berlalu pergi tanpa sepatah kata sambil memakai semula kepala kostum beruang tersebut. Maybe nak sorok tengah nangis kot…

Wanita itu kemudiannya mengejar teman lelakinya tetapi lelaki itu menolak tangannya sambil terus berjalan.

Tak berapa lama kemudian, dapat tengok wanita itu sedang memelvk teman lelakinya mungkin cuba untuk memberi ‘penjelasan’.

Admin tak pastilah yang lelaki ni terima ke tak awek dia balik tapi kebanyakan netizen memberikan kata-kata semangat pada lelaki ni. Tak kurang juga yang mengatakan gambar ini dibuat-buat untuk meraih populariti.

Tapi kalau cerita ni betul, hopefully lelaki ni jumpa perempuan lain yang lagi baik.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber:LobakMerah

Be the first to comment

Leave a Reply