Selepas peguam Sultan Kelantan sahkan pencer4ian, Ini permintaan Rihana

KUALA LUMPUR: Teka-teki mengenai status perkahwinan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V dengan wanita warga Rusia, Rihana Oksana Gorbatenko akhirnya terjawab, hari ini.

Menerusi kenyataan terkini, peguam Sultan Kelantan Sultan Muhammad V, Koh Tien Hua mengesahkan pasangan itu sah bercer4i talak tiga pada 22 Jun lalu.

Menurut Tien Hua, firma guaman Eversheds Harry Elias LLP yang berpangkalan di Singapura itu sudah menghantar surat cer4i talak tiga terbabit kepada pihak peguam Oksana.

“Dimaklumkan bahawa baginda telah bercer4i talak tiga dengan Rihana Oxana Gorbatenko pada 22 Jun 2019 mengikut undang-undang Syariah dan Mahkamah Syariah Kelantan telah mengeluarkan Surat Perakuan Percer4ian pada 1 Julai 2019 mengikut Enakmen Undang-undang Keluarga Islam 2002,” katanya, hari ini.

Terdahulu, khabar angin mengenai perkahwinan Yang di-Pertuan Agong ke-15 itu kecoh di laman sosial selepas timbul dakwaan pasangan yang berkahwin kira-kira setahun lalu itu telah bercer4i talak tiga.

Menurut sijil percer4ian yang dipercayai didaftarkan 1 Julai lalu selepas proses percer4ian Oksana, 26 tahun, bertarikh 22 Jun di Singapura.

Sijil percer4ian yang dilengkapi dengan nombor siri itu turut menyatakan percer4ian itu sudah mendapat kelulusan daripada Mahkamah Syariah.

Model jelita yang dinobatkan sebagai Ratu Moscow 2015 itu dipercayai melangsungkan perkahwinan pada November 2018, lapor portal berita berpusat di United Kingdom, Daily Mail.

Pada 22 Mei lalu, Sultan Muhammad V dan Oksana selamat dikurniakan putera sulung diberi nama Tengku Ismail Leon Petra Tengku Muhammad V Faris Petra.

Spekulasi pencer4ian Sultan Muhammad V dengan Rihana bermula selepas sijil pencer4ian yang dilengkapi dengan nombor siri tersebar.

Bagaimanapun Rihana pagi tadi memaklumkan kepada sebuah portal berita bahawa secara peribadi dia tidak pernah mendengar sebarang talak dijatuhkan secara bersemuka dengan dirinya.

Permintaan Rihan

Melalalui perkongsian terbaru di Instagram Rihana Petra. ternnyata beliau seolah sebak dengan apa yang berlaku. Rihana juga terharu dengan sokongan yang diberikan

Rihana juga berharap akan doa dari semua untuk diri dan anaknya

Berikut perkongsian penuh Rihana di Ig:

“Saya sedang menulis dan saya tidak dapat menahan air mata dari mengalir…dan saya rasa tidak perlu untuk menahannya, kerana ia adalah tangisan kegembiraan dan kesyukuran!

Saya masih tidak percaya yang saya menerima bergitu banyak mesej yang baik daripada anda semua.

Daripada seluruh pelusuk dunia! Dan sudah tentu saya mahu beritahu kepada semua rakyat Malaysia: anda semua berjiwa besar, kerana menerima dan menyokong saya – seorang wanita dari negara asing dan membesar dengan budaya berbeza.

Saya sangat bangga darah Malaysia mengalir dalam anak saya dan saya akan lakukan apa sahaja untuk dia membesar selayaknya dengan kasih anda semua. Dalam hidup saya, saya terp4ksa menghadapi pelbagai jenis keja4hatan, tipu daya dan h4asad d3engki. Tetapi anda meyakinkan saya bahawa masih ada kebaikan di dunia ini.

Kalaulah saya berpeluang, saya mahu memeluk anda semua dengan kegembiraan .

Sokongan dan dorongan anda semua amat berharga bagi saya. Mesej masuk tidak henti-henti, saya akan terus berkongsi kisah hidup saya dengan ikhlas dan jujur. Semoga Allah memberkati anda semua, kawan-kawanku!

P.S. Hari ini genap 2 bulan umur Leon. Terus membesar dan bahagia si cilik duniaku.”

sumber: ig rihana petra, sinar harian 

Diolah semula oleh: Viral Network

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply