Tak Sampai 5 Bulan, Syafie Naswip & Aishah Azman Putus Tunang, Ini Komen Syafie Sungguh Sebak

Memetik laporan daripada Gempak, pelakon Syafie Naswip mengakui ikatan pertunangannya dengan Aishah Azman telah pun putus di tengah jalan.

Pelakon ini mengesahkan ikatan yang hanya bertahan tiga bulan itu bagaimanapun bukan putus disebabkan orang ketiga.

Ya, kami sudah putus tunang. Itu sahaja kenyataan yang dapat saya berikan. Malah jika ada yang bertanya, saya tidak akan menjawab lagi tentang perkara ini,” katanya dipetik.

Keputusan diambil atas persetujuan bersama dan menegaskan ini kali terakhir dia akan memberi kenyataan berkait isu pertunangannya yang putus di tengah jalan.

Tidak ada orang ketiga, mahupun masalah keluarga, tetapi saya rasa dugaan bertunang ini terlalu berat dan tidak mampu untuk meneruskan,” katanya mengulangi apa yang dikatakan oleh Aishah.

“Jika dugaan ketika ini sudah tidak mampu saya tanggung, bagaimana nanti apabila sudah berkahwin?

“Buat masa sekarang, mungkin ini adalah keputusan yang terbaik untuk kami berdua. Mungkin juga dugaan paling besar adalah soal kematangan diri saya.

“Ini kali pertama dan terakhir saya akan membuat kenyataan. Saya memohon maaf jika ada yang bertanya selepas ini, saya tidak akan menjawab apa-apa.

“Mereka boleh rujuk sahaja apa yang saya katakan ini daripada pihak Gempak,” tambahnya lagi.

Pelakon ini juga enggan mengulas lanjut tarikh putus pertunangan dan soal hati.

Syafie Naswip dan Aishah Azman bertunang pada satu majlis yang diadakan pada 7 April 2019, dan dijangka mendirikan rumah tangga hujung tahun ini. Namun, jodoh itu ketentuan Allah SWT.

“Dugaan ini terlalu berat, tak mampu diteruskan” – Syafie Naswip dan Aishah Azman putus tunang

Syafie dan Aishah akui dugaan semasa bertunang terlalu berat untuk dilalui.

“Tidak ada orang ketiga mahupun masalah keluarga tetapi saya rasa dugaan bertunang ini terlalu berat dan tidak mampu untuk diteruskan.

“Jika dugaan ketika ini sudah tidak mampu saya tanggung, bagaimana nanti apabila sudah berkahwin?

“Buat masa sekarang, mungkin ini adalah keputusan yang terbaik untuk kami berdua. Mungkin juga dugaan paling besar adalah soal kematangan diri saya,” katanya.

Syafie dan Aishah mengikat tali pertunangan dalam sebuah majlis yang diadakan di Forest Valley Hall, Cheras pada 7 April lalu.

Spekulasi mengenai hubungan Syafie dan adik kepada pelakon Afiq Muiz itu mula diperkatakan apabila mereka memadam foto bersama, selain sudah tidak lagi mengikuti akaun Instagram masing-masing.

Syafie sebelum ini menerusi laporan mStar pada 12 April lalu memberitahu dia tidak mahu menunggu lama untuk menamatkan zaman bujang memandangkan sudah tiba waktu sesuai untuknya berkahwin.

Syafie dan Aishah tidak lagi mengikuti akaun Instagram masing-masing.

Biarpun belum menetapkan tarikh perkahwinan, namun Syafie dan Aishah pernah meluahkan hasrat untuk disatukan sebagai pasangan suami isteri pada tahun ini juga.

Dalam pada itu, Aishah enggan mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perpisahan mereka namun mengakui dugaan yang dilalui terlalu berat.

“Buat masa sekarang saya tidak mahu keluarkan apa-apa kenyataan. Kalau pihak Syafie mahu berkata apa-apa, saya tidak boleh menghalang.

“Saya akui dugaan ketika bertunang sangat berat,” ujarnya.

Syafie dan Aishah mengenali satu sama lain sejak 2015 dan mula menjalinkan hubungan cinta sejak setahun lalu.

Foto : Gempak

Sumber : Media Hiburan

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply