Atikah Suhaime sudah temui pengganti, kini “berkawan” dengan Datuk

Pelakon Atikah Suhaime mengakui sedang mengenali hati budi seorang ahli perniagaan yang dikenali sebagai Datuk Lokman Teh selepas putus tunang dengan penyanyi, Awie Rafael, 33, pada 14 Mac lalu. Menurut laporan Harian Metro, Atikah menjelaskan dia mengenali lelaki terbabit yang juga anak kepada pengasas produk mandian sejak beberapa bulan lalu. Katanya, buat masa ini mereka dalam proses mengenali hati budi dan perkenalan itu melalui rakannya.

“Perkenalan kami terlalu singkat iaitu dalam tempoh beberapa bulan. Buat masa ini kami sedang berkawan tambahan pula saya gemar mengenali ramai orang,” katanya.

Atikah sebelum ini mengikat tali pertunangan bersama Awie Rafael sebelum hubungan itu putus pada 14 Mac lalu. Mengikut perancangan mereka sepatutnya bernikah pada 17 Mac lalu.

Spekulasi mengatakan Atikah dan Lokman bercinta timbul apabila mereka sering berkongsi foto di lokasi, tarikh dan masa yang sama di Instagram (IG).

Dalam pada itu lelaki terbabit juga dikatakan mengikuti Atikah ketika menjalani penggambaran drama di luar negara.

Sebelum itu, Setelah hasrat untuk mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Awi Rafael pada Mac lalu musnah, pelakon Atikah Suhaime kini lebih banyak memberi fokus kepada kerjaya seninya.

Menurut Atikah, dengan jadual seninya yang kini semakin padat, ia sekurang-kurangnya dapat melupakakan kekecewaan terhadap segala impian yang telah berlalu.

Puteri Gunung Ledang – atikah suhaimi

“Alhamdulillah… setakat ni saya memang terima banyak tawaran berlakon. Selain di Malaysia, saya juga kini turut aktif berlakon di Indonesia.

“Sejujurnya, ini adalah masa yang sangat sibuk buat diri saya. Rasanya kalau tidak sesibuk sekarang, mungkin saya akan terfikirkan perkara lalu yang membuatkan saya rasa kecewa,”

Atikah berkata demikian ketika ditemui semasa majlis pelancaran program raya Astro yang berlangsung baru-baru ini.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai hubungannya dengan Awi, pelakon kelahiran Singapura itu mengakui mereka masih lagi saling berhubung.

Ujarnya, hubungan mereka berdua juga tetap rapat memandangkan masing-masing sudah berkawan selama tujuh tahun.

“Kalau boleh saya tidak mahu putuskan ikatan persahabatan kami. Saya anggap apa yang berlaku itu memang tiada jodoh kami berdua,”

Menurutnya, buat masa ini dia sememangnya terbuka untuk berkawan dengan sesiapa saja.

Sumber: Harian Metro

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply