Pelakon Abby Abadi menawarkan seorang bayi perempuan kepada pasangan berkahwin yang memerlukan anak angkat.
Menurut Abby bayi perempuan tersebut yang baru berusia seminggu kini berada di selatan tanah air.
Pun begitu, Abby berharap agar pasangan yang mahu mengambil anak angkat tersebut harusnya di kalangan orang yang baik dan mampu menjaganya.
“Assalamualaikum, Saya ada baby girl ini di selatan tanah air. Berusia seminggu. Berbibir seeksi Alhamdullillah sihat. Anak Malaysia ya. Memerlukan ibu bapa angkat yang baik budi & mampu ya.
“Kalau tiada aral melintang, semua akan diselesaikan Ahad ni. Berminat DM Sy. Kalau Sy balas tu makna rezeki anda lah tu. Yang mampu ya. Terima Kasih,” tulisnya.
Abby berkongsi mengenai perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut dia memuat naik foto bayi tersebut yang putih dan berbibir merah.
Namun entri tersebut telah di kemas kini oleh Abby dan memberitahu suda ada pasangan yang akan mengambil bayi tersebut.
“UPDATE: Dah ada yang confirm ambil baby ni ya terima kasih,” tambahnya lagi.
Rata-rata pengikutnya memuji kecomelan wajah bayi tersebut dan tak kurang juga yang masih berminat untuk mengambilnya sebagai anak angkat.
Abby telah membantu ramai pasangan yang memerlukan anak angkat sejak setahun yang lalu.
Sebelum ini, anggota kumpulan Elite itu dan suaminya, Muhamaad Faizal juga mempunyai dua orang anak angkat Muhammad Daiyan Fayyadh dan Maisara Dayana Fathia setahun yang lalu.
Abby pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Norman Hakim dan mempunyai tiga iaitu Mohamed Danish Hakim, 15, Marissa Dania Hakim, 13, dan Maria Danisha Hakim, 10.
Sumber : Gempak
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Leave a Reply