Sultan Johor (TMJ), akhirnya dedah nama anaknya dalam FB peribadi miliknya

SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan menamakan cucu lelaki yang baru dilahirkan 17 Julai lalu sebagai Tunku Abu Bakar Ibrahim Tunku Ismail, hari ini.

Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli dalam satu pengumuman Diraja yang dimuat naik dalam Facebook Sultan Johor berkata, Sultan Ibrahim menamakan putera dan waris Tunku Mahkota Johor yang diputerakan pada 17 Julai lalu di H0spital Sultanah Aminah (HSA) sebagai Tunku Abu Bakar Ibrahim Tunku Ismail.

Pada 17 Julai lalu, isteri Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Che Puan Khaleeda Bustamam selamat melahirkan putera dan khabar gembira itu dikongsikan menerusi FB peribadi miliknya.

Pada 25 Jun 2016, Che Puan Khaleeda selamat melahirkan puteri sulung di HSA.

Isteri TMJ itu melahirkan cucu sulung Sultan Ibrahim dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofia Sultan Idris Shah, pada 9.17 pagi.

Pada 14 Oktober 2017, keluarga Diraja Johor, terutama Tunku Ismail memperoleh khabar gembira selepas Che Puan Khaleeda selamat melahirkan putera sulung mereka di Wad Diraja HSA.

Tunku Ismail dan Che Puan Khaleeda melangsungkan pernikahan pada 2014.

Berita mengenai Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang menyambut keputeraan putera kedua memenuhi laman media sosial awal pagi tadi.

Terbaru, isterinya Che Puan Khaleeda Bustamam yang bersalin di H0spital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru sudah dibenarkan pulang ke kediaman bagi menjalani sesi berpantang.

Menerusi laman Instagram, Che Puan Khaleeda menzahirkan ucapan terima kasih kepada doktor dan kakitangan h0spital yang terlibat dalam melancarkan proses kelahiran tersebut.

“Thank you to all the staff at HSA, my amazing obstetrician Dr Ravi, the paediiatricians, my incredible douIa and everyone who was involved,” katanya.

Walau bagaimanapun, terdapat segelintir netizen memuji tindakan pasangan diraja berkenaan yang memilih untuk bersalin di h0spital kerajaan berbanding di swasta bagi melahirkan cahaya ketiga itu.

Pasangan itu bernikah pada 2014 dan dikurniakan puteri dan putera iaitu Tunku Khalsom Aminah Sofiah serta Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim Tunku Ismail.

Sumber:  Harian Metro

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Be the first to comment

Leave a Reply