Aneh! Daging Mentah ‘Hidup Semula’, Keluar Dari Pinggan Untuk Lepaskan Diri

Fenomena ayam hidup tanpa kepala bukanlah sesuatu yang baru. Mengikut logik memang mustahil untuk apa saja makhluk untuk hidup selepas dibuang kepalanya, tetapi menurut sains, pergerakkan ayam dikawal oleh batang otak dan bukan otak ayam itu. Jadi tidak hairanlah ada kisah ayam yang disembelih tetapi masih bernyawa dan boleh bergerak.

Tetapi bagaimana pula jika ayam mentah yang bukan sahaja telah disembelih, malah telah dipotong kepada beberapa bahagian, hidup semula? Baru-baru ini tular di media sosial satu rakaman di mana secebis daging yang diletakkan di dalam pinggan dilihat bergerak dengan sendiri di sebuah restoran.

Dalam video tersebut, daging yang dikatakan daging ayam itu keluar dari pinggan dan jatuh ke atas lantai seolah-olah cuba melepaskan diri sehingga menyebabkan pengunjung restoran itu menjerit. Kejadian itu membuatkan ramai yang tertanya jika ianya mustahil bagi isyarat saraf haiwan yang masih segar untuk berfungsi selepas sudah tidak bernyawa.

Netizen yang meninggalkan komen pula rata-rata meluahkan rasa geli dan mengatakan video itu membuatkan mereka hilang selera untuk makan daging.

“Masih segar…”

“Memori otot…”

“Saya tak akan makan ayam lagi..”

Seorang netizen meninggalkan komen menjelaskan perkara itu berlaku kerana otak menghantar denyutan elektrik ke saraf, dan kerana daging itu masih segar, saraf haiwan itu masih berfungsi manakala elektrolit dari garam membolehkan ia bergerak dengan sendiri.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: Facebook /HCL

Be the first to comment

Leave a Reply