Janna Senang Dengan Perangai ‘Kampung’ Dini

Pelakon, Janna Nick, memilih untuk tidak meletakkan label pada hubungan rapatnya dengan bakat baharu, Dini Azan Schatzmann.

Janna, 24, menjelaskan hubungan profesional dengan pelakon dan model itu, yang bermula sebagai teman selebriti, bertukar akrab apabila dia memerlukan rakan untuk berkongsi petua menurunkan berat badan.

“Saya mengambil pendekatan untuk tidak meletakkan status pada persahabatan saya dengan Dini. Cuma, apa yang boleh dikatakan, kami berdua sememangnya akrab dan saya selesa berkawan dengannya.

“Kami juga ada berlakon bersama, bagaimanapun belum akrab pada ketika itu. Apabila saya perlu mengurangkan berat badan dan memandangkan Dini lebih arif berhubung hal itu, dia banyak membantu saya di gimnasium. Malah, jika keluar bersamanya juga, saya banyak mengamalkan pemakanan sihat.

“Biarpun berdarah kacukan, dia seorang yang mudah didekati. Malah, pasti ramai yang tidak menyangka Dini berperangai ‘kampung’, berbeza dengan wajahnya. Semua itu membuatkan saya senang untuk berkawan rapat dengannya. Itu sahaja dapat saya kongsi buat masa ini,” katanya

Hubungan dua selebriti berkenaan mula diperkatakan apabila bintang Leftenan Zana itu gemar meninggalkan komen di laman sosial Dini sehingga sesetengah pihak berasakan kedua-duanya semakin intim.

Malah, bukan sekadar hadir bersama, Janna dan Dini juga dilihat duduk bersebelahan pada sebuah acara anugerah hiburan, baru-baru ini.

Mengulas mengenai pencalonan pada Anugerah Bintang Popular BH Ke-32 (ABPBH 32), Janna meluahkan keterujaan apabila disenaraikan dalam empat kategori, kali ini.

“Alhamdulillah. Paling saya tidak sangka apabila berjaya membol0si kategori pengacaraan. Menerusi krit!kan, saya berusaha memperbaiki lagi hasil kerja, menjadi lebih baik,” kata Janna.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: Bhonline

Be the first to comment

Leave a Reply