“Bukan Seperti Ada Yang Fikir, Hanya Beranak Tapi Lain-Lain Maid Yang Buat,” – Datin Seri Zizie Izette Akhirnya Buka Mulut

Terdahulu, pelakon Datin Seri Zizie Izette menjadi perhatian apabila dia ada berkongsi mengenai anak-anak serta pengasuh mereka di media sosial.

Terkini menerusi Instagram, isteri kepada ahli politik itu ada memperjelas mengenai pandangan sesetengah pihak yang membayangkan bila ada pengasuh, anak-anak kurang rapat dengan ibu.

“Alhamdulillah, anak-anak paling rapat dgn saya walaupun ada yg berpendapat bila mereka ada pengasuh, mereka akan lebih rapat dgn pengasuh & ada juga yg berpendapat, mereka akan ingat pengasuh lah ibu mereka.

“Silap sama sekali andaian mereka itu pd saya. Mungkin bukan kerja saya yg mencuci pakaian anak-anak, merapikan tempat tidur mereka dan tugas membersihkan rumah bukan juga tugas saya,” maklum Zizie.

Malah, kakak kepada pelakon, Shaheizy Sam itu turut mengakui dia mahu ambil tahu mengenai apa sahaja berkaitan anak dan akan sentiasa bersama mereka.

“Tetapi saya mengambil tau tentang semua perkara dari A to Z berkenaan anak2. Saya sentiasa ada bersama anak2 dan berikan sepenuh perhatian & memupuk kasih sayang secukupnya pd mereka semua.

Saya nak mendidik & lihat setiap perkembangan mereka depan mata saya. Tugas saya adalah lebih besar kerana mereka adalah amanah Allah buat saya sebagai seorang ibu.

“Bukan spt ada yg fikir, hanya beranak tp lain2 maid yg buat. Adoiiihaaii, jauh sama sekali pandangan org tu. #itsnotthateasy #ilovebeingahandsonmother #amanahallah,” tulisnya panjang lebar.

Terdahulu, Zizie telah mendirikan rumah tangga bersama Bung Moktar pada tahun 2009 dan dikurniakan sepasang anak kembar bernama Aadam Zac Izette dan Aeleph Zeke Izette pada 29 Disember 2017.

Terus menerima rezeki zuriat, Zizie menimang cahaya mata ketiga bernama Alisa Bella Izette pada 1 Mac lalu.

Video : Instagram Zizie Izette

Sumber :Media Hiburan 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply