Kenali Siapakah Putera-Putera Kerabat Diraja Pahang Yang Tampan Ini…

Hari ini telah berlangsung istiadat pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke XV.

Namun, apa yang menarik adalah ketampanan kerabat diraja pahang yang menarik perhatian rakyat jelata. Antaranya ialah Tengku Arif Temenggong Pahang, Tengku Fahd Mu’adzam Sultan Ahmad Shah. Ketampanan adinda Sultan Abdullah itu turut mencuri perhatian netizen di media sosial.

 

Namun, di sebalik cakap-cakap di media sosial, mungkin ramai yang tidak sedar akan seorang lagi sosok prominen dalam kalangan kerabat diraja Pahang. Wajar dikatakan individu ini lebih penting kerana beliau mungkin akan dilantik sebagai Tengku Mahkota Pahang.

Siapakah Tengku Hassanal?

Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah adalah anakanda kedua dan putera sulung Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Beliau sedang melanjutkan pengajian di Akademi Tentera Diraja Sandhurst di United Kingdom selama setahun.

Tengku Hassanal diputerakan pada 17 Sept 1995 di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Pahang.

Tengku Hassanal adalah sepupu kepada Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim

Putera diraja ini memulakan pendidikannya di Sekolah Rendah Sherburne, United Kingdom pada 2002 hingga 2007 sebelum melanjutkan pengajian ke Sekolah Menengah St Thomas pada 2008 hingga 2012 dan University of Nottingham selepas itu.

Mei tahun lalu, beliau tamat pengajian dari Geneva School of Diplomacy and International Relations di Switzerland dengan ijazah dalam bidang Hubungan Antarabangsa.

Mengikut susur galur keluarga, Tengku Hassanal merupakan cucunda kepada bekas Sultan Johor, Almarhum Sultan Iskandar di sebelah bondanya, Tunku Azizah.

Ini menjadikannya anakanda saudara kepada Sultan Johor kini, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan sepupu Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

“Waris ganti akan saya tentukan dalam masa terdekat, saya kena berbincang dengan pihak keluarga saya dan Insya-Allah saya percaya semua pun dah boleh ramal kalau ikut tradisinya,” titah Sultan Abdullah kepada media selepas istiadat pemasyhuran baginda semalam.

Tengku Hassanal sedang melanjutkan pengajian di Akademi Tentera Diraja Sandhurst, United Kingdom

Mengikut tradisi Istana Pahang, selaku putera sulung, Tengku Hassanal akan dilantik sebagai Tengku Mahkota Pahang menggantikan ayahandanya.

Bagaimanapun, sekiranya Sultan Abdullah diangkat menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-16, baginda mungkin melantik majlis khas untuk menjalankan tugas-tugas Pemangku Raja Pahang, susulan ketiadaan  Tengku Hassanal yang melanjutkan pengajian di luar negara pada ketika ini.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

 Sumber: AstroAwani

Be the first to comment

Leave a Reply